5 LANGKAH UNTUK HILANGKAN DARK SPOTS PADA KULIT WAJAH
- Cik Jojo

- 23 Okt 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! It’s Friday finally. Yeahhhhh! Tapi tu lah... tak boleh suka sangat sebab satu dunia masih dalam pandemik Covid-19 ni. Just make sure hari Sabtu Ahad nanti, kurangkan aktiviti di luar juga tidak perlu. Jangan lupa kerap bersihkan tangan, gunakan hand sanitiser dan sentiasa menggunakan mask ya! Ingat tau, kita jaga kita.

Untuk tips hari ini, Cik Jojo nak share kan tentang 5 langkah berkesan untuk menghilangkan dark spots pada kuli wajah. Korang boleh cuba cari produk skincare yang selamat dan berada dalam kumpulan ini. Kalau nak Cik Jojo listkan, banyak gilaaaaa! So, you need to search your own carilah berdasarkan your skin needs, tolerate ke tak, kondisi kulit dan tengok ingredientnya sesuai atau tidak untuk kulit korang ya!
Okay, 5 langkah tersebut termasuklah;
1) Exfoliate
Contohnya: Retinoids, Ingredient dalam kumpulan AHAs, BHA, atau PHAs (macam Lactic acid, Glycolic acid, Salicylic acid) – Hari Isnin lalu ada Cik Jojo sharekan jadual AHAs, BHA dan PHAs untuk setiap jenis skin concern.
2) Mengurangkan keradangan (inflammation)
Contohnya: Cari cleanser yang tidak mengandungi SLS atau cleanser yang gentle; produk yang mengandungi niacinamide, licorice root extract, panthenol, dan zinc
3) Mengurangkan pigment pada kulit
Contohnya: Vitamin c, Azelaic acid, Alpha arbutin, Kojic acid, Undecylenoyl phenylalanine
4) Berikan perlindungan kepada kulit
Contohnya: Sunscreen SPF 30+ ke atas; produk yang mengandungi ingredient seperti iron oxide dan antioxidants
5) Ubatan preskripsi (optional, dan hanya didapati daripada dermatologist berlesen dan bertauliah setelah menjalani diagnosis.... bukan diagnosis sendiri tau hehe!)
Contohnya: Preskripsi Tranexamic acid; Hydroquinone
So, langkah 1 hingga 4 amatlah mudah untuk kita cari produk yang berkaitan. Jika sudah cuba gunakan untuk tempoh tertentu (3-6 bulan) tetapi masih tidak menunjukan sebarang perubahan, boleh berjumpa dengan dermatologist untuk dapatkan nasihat yang tepat atau mungkin treatment/preskripsi tertentu.
Semoga tips ini bermanfaat ya! Take care korang.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen