5 MASALAH UTAMA KULIT ORANG LELAKI DAN CARA MENGATASINYA
- Cik Jojo

- 22 Jan 2020
- 2 min membaca
Updated: 17 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai korang! Sambil beristirehat tu, Cik Jojo nak sharekan tentang masalah utama kulit orang lelaki dan beberapa cara menyelesaikannya. Remember ya, penjagaan kulit wajah ni bukan hanya ekslusif untuk wanita saja. Orang lelaki juga tidak ketinggalan dari menghadapi masalah dengan kulit wajah mereka tau. Boleh dikatakan setiap hari kita mengalami masalah kulit dan tentunya berbeza – beza, contohnya kulit kelihatan kusam, bibir gelap, rambut gugur, muka berminyak, berjerawat ataupun mempunyai kedutan. Kat bawah ni ada 5 jenis masalah utama cara untuk mengatasinya, jom baca!
1) Jerawat
Punya utama masalah jerawat ialah tidak menjaga KEBERSIHAN, HORMON dan STRESS. Bahan yang paling common untuk mengatasi masalah jerawat ialah menggunakan produk kecantikan (krim untuk jerawat) yang mengandungi 5% asid salisilik ataupun 2.5 % benzoyl peroxide. Terdapat banyak produk kecantikan khususnya untuk mengatasi jerawat di pasaran. Korang bolehlah tengok 2 bahan tersebut ya.
2) Kulit Kering
Masalah kulit kering ni boleh jadi kat mereka di negara panas mahupun sejuk. Punca kulit kering ni lazimnya berkaitan dengan UMUR, GENETIK, SUHU/CUACA, dan PERSEKITARAN. Korang dinasihatkan agar minum air dengan secukupnya dan menggunakan moisturiser (pelembap) yang mengandungi kuantiti lembapan yang tinggi sebagai langkah paling asas untuk menangani masalah ini. Korang boleh cari produk penjagaan yang mengandungi bahan utama seperti ceramides, hyaluronic acid, niacinamide, shea butter, glycolic acid dan urea.
3) Kulit Kusam
Kulit kusam berpunca daripada kurang pengambilan AIR di dalam badan , tidak melakukan EKSFOLIASI dan juga persekitaran yang TIDAK BERSIH. Korang disarankan untuk melakukan eksfoliasi sekurang – kurangnya dua kali seminggu. Ia membantu kulit korang lebih bersih, cerah, dan tidak kusam. Terdapat banyak produk yang membantu eksfoliasi, seperti physical exfoliants (contohnya macam produk yang ada very tiny beads like sugar, salt grain, jojoba beads, etc) and chemical exfoliants (contohnya macam Alpha Hydroxy Acids (AHAs), Beta Hydroxy Acids (BHAs) and fruit enzymes.
4) Gatal Selepas Bercukur
Masalah ini adalah sangat common among orang lelaki. Betul tak? So, apa yang boleh dilakukan untuk kurangkan rasa gatal lepas bercukur ni? Okay, korang boleh cuba mencukur arah pertumbuhan rambut kerana dapat mengurangkan gatal-gatal atau radang kemerahan. Korang juga disarankan tidak memberikan tekanan semasa bercukur. Tips paling utama ialah korang wajib menukar blade/mata pisau cukur selalu. Ini untuk mengelakkan bakteria buruk yang terlekat atau membiak di kawasan terpencil pisau cukur tu, selain daripa mengelakkan kecacatan fizikal mata pisau yang merbahaya.
5) Liang Pori-Pori Terbuka Masalah liang pori terbuka berpunca daripada perubahan HORMON, GENETIK, pendedahan kepada CAHAYA MATAHARI berlebihan dan juga kerana MEROKOK. So, yang paling penting sekali korang WAJIB menjaga KEBERSIHAN, kerana ianya adalah perkara asas untuk melakukan penjagaan mencegah jerawat dan mengelakkan jangkitan bakteria bahaya kepada kulit. Banyakkan MINUM AIR KOSONG dan penggunaan TONER kerana ia membantu mengecilkan liang pori-pori wajah. Terdapat juga produk kecantikan yang membantu dan banyak di pasaran, walau bagaimanapun kesannya tidaklah instant dan korang kena pakai selalu.

Kalau korang suka post ni, jangan lupa ke facebook page NURÉAA, #LIKE dan #SHARE ya! Korang juga boleh ajak ramai-ramai lagi #FOLLOW kami. Terima kasih korang dan selamat malam!
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen