top of page

5 PERKARA MENARIK TENTANG LENDIR SIPUT (SNAIL SLIME) YANG DIGUNAKAN DALAM PRODUK K-BEAUTY

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 29 Okt 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Untuk K-Beauty Series hari ini, Cik Jojo nak highlightkan 5 perkara menarik tentang lendir siput atau snail slime yang banyak digunakan dalam produk-produk skincare K-Beauty! Apa pendapat korang tentang ingredient ini? Hype, geli nyeee, atau memang betul bagus.... kalau ada pengalaman boleh sharekan bersama. Sementara itu, jom kita lihat 5 perkara tentang ingredient ini;


1) Filtrat rembesan siput (snail secretion filtrate) banyak digunakan dalam produk kecantikan Korea Selatan (K-Beauty) seperti serum, facial masks, moisturisers, dan krim treatment untuk memudarkan parut. Sebilangan besar produk sebenarnya tidaklah melekit atau mempunyai bau yang kurang menyenangkan seperti apa yang kita fikirkan. Sebilangan besar daripadanya mempunyai bau dan tekstur yang neutral tetapi sedikit tebal.


2) Lendir siput (atau nama kosmetiknya, filtrat siput/snail filtrate) adalah agak packed dengan nutrien seperti hyaluronic acid, glycoprotein, proteoglycans, dan antimicrobial & copper peptides, yang semuanya biasa digunakan dalam produk kecantikan dan terbukti bermanfaat untuk kulit. Untuk pengetahuan, unsur-unsur ini sebenarnya membantu melindungi kulit siput dari kerosakan, jangkitan, kekeringan dan sinar UV.

3) Lendir siput/snail filtrate mengandungi 91-98% air. Sebelum digunakan sebagai ingredient dalam produk skincare, lendir siput ditapis berkali-kali untuk meningkatkan kepekatannya dan memastikan kebersihannya. Untuk mendapatkan benefit yang baik daripada produk skincare yang menggunakan ingredient ini, konsistensi dan kualiti lendir siput juga harus diambil kira semasa mencari produk. Contohnya, banyak kita lihat beberapa claim pada iklan produk kecantikan mendakwa mengandungi sebanyak 97% filtrat rembesan siput, ada yang 93%, dan sebagainya. Jangan lupa untuk mengambil kira ingredient lain yang tertera (may be sebagai functional ingredient atau sekadar aesthetic ingredient sahaja).


4) Lendir siput/snail filtrate juga terkenal dengan sifat anti-penuaan (anti-aging properties). Ia membantu merangsang pembentukan kolagen dan elastin pada kulit kita, melindungi kulit dari radikal bebas, menenangkan kulit, memperbaiki tisu yang rosak dan memulihkan hidrasi.


5) Walau pun ingredient lendir siput/snail filtrate ini sangat bagus dan banyak manfaatnya kepada kulit, kita harus MENGELAKKAN atau JANGAN lakukan sebarang produk DIY (Do-it-yourself)/homemade dengan menggunakan ingredient ini. Siput yang kita jumpa kat kebun belakang rumah tu, tah macam-macam ada, dengan tidak bersihnya lagi. Siput yang digunakan dalam pembuatan produk skincare telah menjalani banyak peringkat purified secara professional, ujian, dan prosedur. Sangat berbeza.


So, ini adalah 5 perkara menarik tentang lendir sipur (snail slime) daripada Cik Jojo. Kalau korang nak tambahkan info kat bawah ni pun sangat most welcome!


Rujukan dan untuk mereka yang nak baca kajian on-going tentang lendir siput (snail secretion filtrate) ni, boleh cari artikel di bawah ini:


1) Lim, V.Z., Yong, A.A., Tan, W.P.M., Zhao, X., Vitale, M. and Goh, C.L., 2020. Efficacy and Safety of a New Cosmeceutical Regimen Based on the Combination of Snail Secretion Filtrate and Snail Egg Extract to Improve Signs of Skin Aging. The Journal of Clinical and Aesthetic Dermatology, 13(3), p.31.


2) Oh, M.J., Park, S.M. and Kim, H.T., 2010. The Effects of Snail Secretion Filtrate on the damaged skin barrier's recovery of the Atopic dermatitis. The Journal of Korean Medicine Ophthalmology and Otolaryngology and Dermatology, 23(3), pp.138-153.


3) Iguchi, S.M., Aikawa, T. and Matsumoto, J.J., 1982. Antibacterial activity of snail mucus mucin. Comparative Biochemistry and Physiology Part A: Physiology, 72(3), pp.571-574.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page