5 TIPS BERKESAN KETIKA MEMBAIKI SKIN BARRIER
- Cik Jojo

- 8 Sep 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat sejahtera korang semua! Untuk tips hari ini, Cik Jojo nak sharekan 5 tips yang efektif untuk membaiki skin barrier.
📍 Cuba untuk mengawal dan menghindarkan perkara yang boleh merosakkan skin barrier
✅ Bersihkan kulit wajah hanya 2 kali sehari
✅ Hentikan exfoliating (scrub/phhysical dan chemical exfoliant)
✅ Rehatkan kulit wajah daripada penggunaan produk skincare yang boleh mengeringkan atau irritating. Contoh produk yang perlu dihentikan seketika semasa membaiki skin barrier adalah: retinoids, vitamin C, benzoyl peroxide.
📍 Lakukan rutin penjagaan wajah yang asas sahaja atau paling minimal seperti CLEANSE, MOISTURISE, dan PROTECT.
📍 Ketika membaiki skin barrier, biarkan kulit kita bernafas, dan heal daripada masalah yang dihadapi. Jangan usik, sentuh mahupun picit apa yang jadi pada kulit dalam tempoh ini.
📍 Ingat, kena sentiasa bersabar dan konsisten dalam tempoh ini. Jangan sesekali menukarkan rutin atau menambahkan produk baru ketika membaiki skin barrier.
📍 Cuba bantu kulit ketika dalam proses membaiki skin barrier ini dengan cara memgambil peduli tentang ingredients yang dapat mempercepatkan/efektif ketika tempoh pembaikan. Antaranya:
Ingredients yang mengekalkan kelembapan kepada kulit;
✅ Humectants – seperti honey, hyaluronic acid, panthenol, glycerin, aloe vera, sodium hyaluronate
✅ Occlusive – seperti shea butter, lanolin, petrolatum, mineral oil, dimethicone, plant based oil
✅ Emollients – seperti squalene, linoleic acid, oleic acid
Ingredients yang dapat mengantikan skin barrier seperti;
➡️ Cholesterol
➡️ Fatty acids (seperti stearic acid, lanolin acid)
➡️ Ceramides
Semoga tips ini dapat membantu korang yang tengah struggle dengan masalah skin barrier. Ingat tau, kesannya tidak berlaku dalam satu malam. Lakukan secara konsisten dan sabar, hasilnya korang dapat lihat secara beransur-ansur pada hari 7-14 dan ke atas. Apabila kulit sudah pulih dan skin barrier dah kuat, dan skincare routin dah kukuh, then baru lah fikirkan step atau skin goal seterusnya. Good luck tau!

Kalau suka post ini, jangan lupa untuk #LIKE dan #SHARE supaya kita dapat bantu ramai lagi orang lain yang tengah mengalami masalah ini. Terima kasih untuk sokongannya.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen