top of page

5 TIPS MUDAH PENGGUNAAN PRODUK RETINOL

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 25 Ogo 2020
  • 2 min membaca

Updated: 5 Sep 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera korang semua! Untuk beauty tips hari ini, Cik Jojo nak sharekan tentang 5 tips mudah penggunaan produk retinol. Untuk pengetahuan, retinol tergolong dalam kumpulan retinoid dan ia hadir dari Vitamin A. 😍


👉Jangan keliru tau, dalam kumpulan retinoid terdapat beberapa lagi ahli keluarganya, seperti retinal dan retinoic acid. Retinoic acid, contohnya macam tretinoin hanya boleh dipreskripsikan oleh doktor. Tetapi retinol boleh didapati di drugstore, kedai, dan sebagainya kerana ia dikenali sebagai over-the-counter product. Berikut adalah 5 tips mudah penggunaan produk retinol;


1) Dapatkan informasi produk retinol mana yang paling sesuai dengan kulit kita sendiri. Jangan lupa lakukan patch test tau. Berikut ada beberapa produk yang sangat sesuai untuk menghilangkan masalah tompok gelap dan parut jerawat:


BEST RETINOL FOR PIH (Parut yang disebabkan dari memicit jerawat, UV exposure, kulit jadi gelap disebabkan penggunaan chemical atau kecederaan ataupun masalah iritasi)

BEST NIACINAMIDE TO USE TOGETHER WITH RETINOL FOR PIH/PIE (PIH lebih mudah terjadi pada kulit gelap, PIE pula parut yang mudah terjadi pada kulit cerah)

2) Mulakan penggunaan produk retinol dengan kuantiti yang kecil dan peratusan yang rendah. Ini adalah penting untuk kita membina tolerant ke atas kulit sendiri, di samping untuk mengelakkan masalah merengsa (irritation), kemerahan, kering, dan mengelupas.


3) Selalu atau mesti gunakan SUNSCREEN. Ini kerana bila kita guna produk retinol, kulit kita mudah menjadi photosensitive terhadap cahaya matahari. So, sunscreen dapat melindungi kulit tersebut daripada sunburn, pigment, dan kedutan. Untuk mereka yang menggunakan retinol, beberapa jenis sunscreen di bawah ini sangat membantu dalam melindungi kulit:

4) Hydrate! Hydrate! Hydrate!. Jangan lupa produk skincare yang mengandungi hyaluronic acid untuk memberikan kelembapan kepada kulit. Ini kerana retinol boleh mengeringkan kulit untuk sesetengah orang.


5) Sabar dan konsisten. Result penggunaan produk retinol ini dapat dilihat di antara 3 hingga 6 bulan. Memang tiada jalan singkat dan mudah.

👉Selamat mencuba and always listen to what your skin needs. Tidak semua orang memerlukan produk retinol, tetapi semua orang memerlukan sunscreen. 🥰😘


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page