top of page

6 CARA UNTUK MEMBUATKAN LIANG PORI-PORI ‘NAMPAK LEBIH KECIL’ DAN EFEK FLAWLESS

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 8 Okt 2020
  • 2 min membaca

Updated: 24 Okt 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! Hari ini Cik Jojo nak share kan tips untuk mereka yang nak sangat dapatkan liang pori-pori ‘nampak lebih kecil’ sekaligus bila gunakan makeup nampak flawless. Sebelum itu, as a friendly reminder, liang pori-pori manusia TIDAK boleh mengembang mahupun menguncup, membesar ataupun mengecil. Tidak boleh. Ini kerana liang pori-pori manusia TIDAK mempunyai otot untuk berbuat demikian. Tetapi, dengan teknik makeup dan penjagaan wajah yang betul, ia dapat membantu mengurangkan visibility atau penampakkan (absolutely correction kan Cik Jojo please... dah cuba cari perkataan dalam BM yang sesuai ni, kalau salah mohon betulkan ya!) liang pori-pori tersebut.

So, apakah 6 cara untuk membuatkan liang pori-pori ‘nampak lebih kecil’ dan membantu untuk mendapatkan efek flawless bila makeup?


Jom kita check kat bawah ini ya!

1) Gunakan moisturiser. Pastikan guna moisturiser yang non-comedogenic atau bebas minyak (oil-free). Kalau untuk lebih baik, cari yang ada ingredient macam niacinamide.


2) Gunakan retinoids (optional). Cari produk retinoids yang tidak merengsakan, atau kalau terlalu harsh, elakkan menggunakannya.


3) Gunakan cleanser yang mengandungi Salicylic acid ATAU Benzoyl Peroxide.


4) Lakukan exfoliate 1 atau 2 kali seminggu. Cari exfoliator jenis non-abrasive (yang tak kasar atau harsh kepada kulit sendiri).


5) Gunakan sunscreen sebelum makeup. Jika tiada masalah/allergy, cari sunscreen yang ada zinc oxide.


6) Limitkan penggunaan foundation. Maksudnya, kurangkan penggunakan foundation dan concealers di mana produk seperti ini (kebanyakkannya) boleh membuatkan liang pori-pori tersumbat, makeup bercapuk, kulit kering dan garis halus akan mudah terlihat, bercapuk, dan kadang kala boleh membuatkan kulit wajah berminyak. Sebagai alternatif atau pun tambahan, boleh cari BB atau CC cream yang paling ringan dan sesuai.


Semoga post ini membantu ya! Sayangi kulit kita. Jangan hanya mampu nak sorokkan cela, tetapi berusaha juga untuk mengatasinya. Good luck you all.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page