top of page

6 INGREDIENTS DALAM SKINCARE YANG MEMBANTU MENENANGKAN KEMERAHAN DI WAJAH (ANTI-REDNESS)

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 17 Apr 2020
  • 2 min membaca

Updated: 16 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat pagi korang semua! It’s Friday finally!! How are you all doing? Cik Jojo harap korang semua sentiasa baik-baik dan selamat di dalam rumah. Walaupun kita berada di dalam rumah, jangan lupa lakukan senaman ringan, makan makanan seimbang, dan minum air kosong dengan kuantiti sepatutnya. These are all basic needs yang diperlukan oleh tubuh badan yang sihat. So, korang ada plan atau buat aktiviti apa hari ini di rumah? Lakukan dengan baik okay!😍😘😘


👉Oh ya, untuk post pagi ini Cik Jojo nak sharekan tentang 6 ingredients dalam skincare yang dapat membantu mengurangkan masalah kemerahan di wajah. Kemerahan ini boleh terjadi disebabkan oleh banyak faktor termasuklah;

✅allergy kepada ingredients produk kecantikan,

✅sensitivity kulit,

✅reaction ingredients tertentu dengan kondisi kulit kita, dan beberapa lagi kemungkinan.


👉Cik Jojo selalu ingatkan, sebelum mencuba sesuatu produk, lakukan patch test terlebih dahulu. Begitu juga dengan teknik layering/rutin penjagaan wajah, kadang kala sesuatu produk itu perlu tunggu beberapa minit untuk step seterusnya (contohnya; kulit wajah hendaklah betul-betul kering sebelum mengoleskan produk retinoids, menggunakan sunscreen SPF setiap hari terutamanya jika ada gunakan produk yang ada “active” ingredients). Jika tidak mengikut apa yang disarankan pada label produk, ia boleh mendatangkan masalah seperti iritasi/merengsa, burning sensation, kemerahan, dan sebagainya.


👉Walau bagaimanapun, korang boleh cuba beberapa produk kecantikan yang mengandungi 6 ingredients kat bawah ini untuk menenangkan kemerahan yang terjadi pada kulit wajah. Antaranya:

✅Niacinamide

✅Ceramides

✅Licorice

✅Centella Asiatica

✅Snail Mucin

✅Vitamin C


👉Sebenarnya ada banyak lagi ingredients yang dapat membantu menenangkan kemerahan pada kulit wajah. 6 ingredients yang disebutkan ini adalah yang paling popular dan mudah nak dapat di pasaran.


Semoga informasi ini berguna dan dapat membantu korang yang ada masalah ini. Jika masalah berterusan, jangan tangguh dan segeralah dapatkan rawatan daripada dermatologist di klinik atau hospital berhampiran. Apa yang paling penting sekali ialah‼️GUNAKAN SUNSCREEN (SPF 30 dan ke atas) untuk melindungi kulit kita setiap hari. Stay safe and take care korang. Listen to your skin ya!😉🤩


Have a nice day everyone!



Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page