top of page

6 KEBAIKAN INGREDIENT BERNAMA BAKUCHIOL

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 15 Okt 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! Haaa, untuk korang yang mengikuti skincare trend tentu biasa dengar ingredient BAKUCHIOL ni kan. Untuk tips hari ini, Cik Jojo nak sharekan 6 kebaikan utama Bakuchiol dalam produk skincare. Tetapi sebelum itu, jom kita re-cap apa itu Bakuchiol?

Bakuchiol sebenarnya adalah sebatian kimia yang terdapat dalam benih tanaman yang berasal dari India, yang juga dikenal sebagai Babchi, cherry rice flower, dan long peppers. Tumbuhan Babchi ini sebenarnya telah digunakan berabad-abad dalam dunia perubatan Ayurvedic!


Antara 6 kebaikan utama yang boleh didapati dari tumbuhan Bakuchiol ini termasuklah;

  1. Ia bertindak sebagai salah satu ingredient anti-aging (anti-penuaan)

  2. Penggunaan dengan concentration 0.5% selama 12 minggu, dapat memudarkan garis halus dan kedutan, serta keanjalan kulit meningkat baik.

  3. Sebagai antioksidan menghalang radikal bebas yang boleh merosakkan kulit

  4. Memudarkan masalah parut gelap (hyperpigmentation)

  5. Membantu mengawal masalah jerawat

  6. Mempunyai properties anti-inflammatory (anti-keradangan)


Rujukan dan bacaan lanjut untuk yang berminat:


1) Labbé, C., Faini, F., Coll, J. and Connolly, J.D., 1996. Bakuchiol derivatives from the leaves of Psoralea glandulosa. Phytochemistry, 42(5), pp.1299-1303.


2) Majeed, R., Reddy, M.V., Chinthakindi, P.K., Sangwan, P.L., Hamid, A., Chashoo, G., Saxena, A.K. and Koul, S., 2012. Bakuchiol derivatives as novel and potent cytotoxic agents: A report. European journal of medicinal chemistry, 49, pp.55-67.


3) Chaudhuri, R.K. and Bojanowski, K., 2014. Bakuchiol: a retinol‐like functional compound revealed by gene expression profiling and clinically proven to have anti‐aging effects. International journal of cosmetic science, 36(3), pp.221-230.


Nah, ini dah Cik Jojo simplified kan 6 kebaikan Bakuchiol yang sering digunakan dalam pembuatan produk skincare. Kalau korang tertanya-tanya ianya untuk apa, rujuk 6 kebaikan ini ya! Semoga bermanfaat. Please take care and stay safe all.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page