top of page

6 KELEBIHAN MANDELIC ACID

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 14 Ogo 2020
  • 2 min membaca

Updated: 18 Ogo 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera korang semua! Pagi tadi korang ada ambil breakfast tak? Untuk diet yang baik sepatutnya kita tidak boleh skip breakfast tau. Jangan lupa amalkan makanan yang sihat dan seimbang serta minum air kosong mencukupi ya! Okaylah, untuk tips hari ni, Cik Jojo nak sharekan tentang 6 kelebihan mandelic acid.


👉 Untuk pengetahuan semua, mandelic acid ini adalah salah satu chemical exfoliator jenis AHA (alpha hydroxy acid) yang sangat lembut dan berasal daripada bitter almonds. Chemical exfoliator jenis ini adalah sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis SENSITIF. Mandelic acid mempunyai antibacterial properties yang sangat-sangat membantu dalam mengatasi masalah JERAWAT. Ia juga dapat mengurangkan produksi sebum dan pertumbuhan jerawat tau. Di samping itu, ia juga dapat mengurangkan visibility saiz sebaceous glands. Penggunaan mandelic acid bersama salicylic acid juga dapat mengurangkan tona kulit yang gelap dan menghilangkan parut jerawat yang gelap. Kalau korang berminat untuk memasukkan mandelic acid dalam rutin penjagaan wajah, boleh semak beberapa produk pilihan di bawah ini:

👉 Untuk memudahkan lagi pemahaman, Cik Jojo summarisekan 6 kelebihan mandelic acid seperti di bawah;


✅ Ia adalah chemical exfoliator yang tidak merengsakan

✅ Mengurangkan sebum

✅ Exfoliator yang lembut untuk kulit sensitif

✅ Sangat membantu mengatasi masalah jerawat

✅ Mengurangkan saiz sebaceous glands pada wajah

✅ Mempunyai antibacterial properties yang tinggi


👉 Nah, nampak tak AHA atau chemical exfoliator ini bukan hanya ada pada glycolic acid dan lactic acid sahaja, masalah mandelic acid jugak tidak kurang hebatnya! Maka, jelaslah yang chemical exfoliator ini adalah sangat selamat sehinggakan mereka yang mempunyai kulit SENSITIF dan BERJERAWAT juga boleh menggunakannya. Tapi pastinya exfoliator yang lembut tau macam mandelic acid atau lactic acid.

👉 Semoga post ini dapat memberikan informasi ringkas dan bermanfaat kepada semua! So, lepas ini tak lah takut untuk menggunakan chemical exfoliant, kan? Hehe! Selamat mencuba ya!


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page