6 SEBAB UTAMA KENAPA SKIN BARRIER BOLEH ROSAK
- Cik Jojo
- 28 Mei 2020
- 4 min membaca
Updated: 16 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat pagi korang semua! How’s your raya so far? Cik Jojo harap semuanya ceria dan baik-baik sahaja. Paling penting sekali make sure untuk kekalkan pemakanan yang seimbang, minum air kosong mencukupi, lakukan sedikit riadah dan menjaga rutin asas penjagaan wajah – cleanse, moisture and sunscreen!🤩😍. Untuk pagi ini, Cik Jojo naksharekan 6 sebab paling utama kenapa skin barrier boleh rosak.
👉Kita dah cuba ikut all the steps dan tips skincare dalam banyak groups dan kat internet, tetapi kenapa masih ada masalah kat kulit wajah ni. Pemakanan pun dah cukup jaga dan terkawal. But why? Dah lah skin barrier rosak, cepat pulak tu jerawat naik merimbun pelbagai jenis, kita tengok pun sakit hati... kadang kala rasa nak give up! Siapa pernah rasa begini? So, kalau korang salah seorang yang mengalami situasi ini, jom kita lihat 6 sebab utama tersebut.
✅Over exfoliation
👉Yang ni adalah punca paling utama. Selalunya kita ingat dah buat exfoliation kirer dah bersih habis segala kotoran dan sel kulit mati. Yakin betul. Maklumlah selalu je lakukan exfoliation ni. Tapi awas! Melakukan over exfoliation kepada kulit wajah boleh merosakkan skin barrier tau. So, lakukan exfoliant di antara 1-2 kali seminggu bergantung kepada kondisi dan jenis kulit wajah. Satu lagi, pastikan ingredients exfoliation tu sangat bersesuaian dengan kulit kita sendiri (NEVER ASK kat sesiapa pun kecuali dermatologist atau doktor, “boleh suggest tak nak pakai produk apa?” Ini kerana, recommendation orang lain selalunya tidak bersesuaian dengan kondisi dan jenis kulit kita. It’s either you do trial-and-error SETELAH membaca dan memahami ingredients utama sesuatu produk, ATAU consult with your dermatologist/physician). Contohnya, ada orang sangat sesuai dengan chemical exfoliation seperti lactic acid, ada orang pulak glycolic acid, malah ada orang hanya PHA saja boleh guna, dan ada yang lain lebih sesuai dengan physical exfoliation. Setiap individu adalah berbeza-beza. Kulit kita tanggungjawab kita, bukan orang lain.
✅Sun exposure
👉Yang ni tak payah nak berjela explain lagi, rasanya most of us tahu kan yang ultraviolet rays ni adalah musuh utama kepada kulit kita. So, skin barrier rosak juga disebabkan oleh UVA dan UVB daripada sinaran matahari. So, jangan malas gunakan sunscreen SPF tau. Kalau tak suka sebab berminyak ke berkilat ke ada white cast ke, please cari yang paling sesuai atau yang korang suka, asalkan pakai sunscreen ya.
✅Merokok
👉Merokok ni lebih banyak keburukan daripada kebaikan (eh ada ke kebaikan merokok?🤣😂). Jika ada yang merokok, seseorang itu berisiko terhadap lipid peroxidation, yang membuatkan sel kulit cepat rosak melalui proses tak best ini. Merokok memang tak best dan boleh menganggu immune system kita jugak, so senang la dapat skin inflammation nanti.
✅Penggunaan cleanser yang agak harsh
👉Yang ni penting. Kalau korang nak invest kat skincare, cari produk yang paling bagus untuk cleanser, moisturiser dan sunscreen sebab ketiga-tiga ni lah “army” yang menjaga kulit korang. Cleanser selalunya ada high tendency untuk menyingkirkan natural oils daripada kulit kita dan seterusnya merosakkan skin barrier. Contohnya, korang pernah tak lepas cuci kulit wajah, bila kering terasa kulit agak tegang berkilat semacam? It’s something to do with your skin barrier. Cuba stop kan penggunaan cleanser tersebut dan boleh lah cari cleanser lain yang lebih sesuai dan tepat dengan kulit sendiri. Kalau tersalah cleanser pun, boleh menyebabkan masalah kulit sangat kering, mengelupas, dan ketat, kadang kala ada bump macam jerawat tu. Kalau ada symptoms macam ini, just leave that cleanser dan cari yang lain. Paling penting cari cleanser yang ada right pH value di antara 5.5 ke 6.0 (selalunyada ada tulis di label produk).
✅Suhu air yang digunakan
👉Gunakan air suam, not air panas atau air sejuk beku. Penggunaan air suam atau lukewarm water ni dapat memberikan perlindungan kepada skin barrier kulit kita. Kalau terdedah atau sering cuci kulit wajah dengan air terlampau panas atau air sejuk beku, ianya boleh membuatkan skin barrier rosak disebabkan oleh derma water loss dan barrier dysfunction. Nampak mudah kan, tapi ramai susah nak ikut sebenarnya. So, let's get better!🥰😍
✅Faktor umur
👉Yang last ni memang tak dapat nak buat apa lah. Kulit kita adalah satu organ hidup paling besar sekali. Bila dia hidup tentulah ada kitaran lifecyclenya, kan? So, bila umur kita muda, skin barrier nak rosak pun amat tipis, tetapi bila umur meningkat skin barrier kita pun turut mengalami masalah/symptom penuaan sejajar umur. Masa tu lah datangnya masalah kulit tak elastik lagi, sebab kurang kolagen, masa tu jugak lah datang garis halus dan kulit nampak sedikit kasar sebab water lost dan skin barrier pun mudah rosak dan mengundang masalah kulit yang lain. Ianya agak common tapi jangan risau, boleh berjumpa dermatologist untuk rawatan paling sesuai. Walaupun tak dapat kembalikan macam kulit remaja, at least ada big progress kan.
👉So, inilah dia 6 sebab paling utama kenapa skin barrier kita cepat rosak. Jom semak kat diri masing-masing termasuklah Cik Jojo ni, sama ada ianya berlaku atau tidak kepada diri kita. Lakukan perubahan yang positif dan amalkannya, mudah-mudahan ianya dapat membantu korang dalam skincare journey dalam mencapai skin’s goal masing-masing.

Semoga post pagi ini memberikan manfaat dan berguna untuk korang semua. Kalau suka post ini boleh #LIKE dan #SHARE ya! Terima kasih ya!
Have a nice day everyone!

Comments