6 SEBAB UTAMA PRODUK SKINCARE TIDAK BERFUNGSI DENGAN BAIK
- Cik Jojo

- 21 Ogo 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat sejahtera korang semua! Pernah tak korang terfikir, dah macam-macam cara cuba dan pelbagai produk skincare yang disarankan, direview malah direkomendasikan telah korang cuba tetapi tetap tidak dapat memuaskan hati korang. Kenapa ye? 🤔😔😭
👉 Orang lain okay je dapat hasil yang baik. Jangan bersedih atau cepat give up tau. Hari ini Cik Jojo nak sharekan 6 sebab utama produk skincare yang digunakan TIDAK BERFUNGSI dengan baik. Jom kita check sama-sama;
✅ Kondisi kulit kita berubah
Ya, betul. Seperti yang kita semua tahu kulit adalah organ terbesar dan hidup. So, bila ianya kategori hidup, ia boleh berubah-ubah. Contohnya, bila kita meningkat umur kondisi kulit kita juga berubah, dari kulit berminyak boleh berubah menjadi kulit kering. So, perhatikan point ini pada kulit korang ya!
✅ Perubahan cuaca
Bukan sahaja mereka yang duduk di negara 4 musim sahaja perlu menukar produk skincare mereka. Mereka yang tinggal di negara panas sepanjang tahun juga perlu melakukan perkara yang sama terutamanya pada hari hujan yang lembab atau pada cuaca yang agak berangin dan sejuk. Contohnya, kalau hari panas elakkan penggunaan heavy cream, dan tingkatkan kelembapan kulit pada hari yang sedikit berangin dan sejuk.
✅ Produk skincare tidak dapat diserap dengan baik
Di sinilah pentingnya penggunakan produk-produk skincare mengikut urutan dari thin (nipis atau ringan) ke thick (tebal atau krim). Produk yang ringan dapat diserap cepat berbanding yang heavy. So, kalau kita gunakan produk heavy dahulu, produk yang ringan digunakan kemudian akan melambatkan penyerapan atau tidak mampu menembus kulit kita. Sebab itu lah ianya penting penggunaan produk skincare mengikut susanan yang betul.
✅ Sel kulit mati menghalang serapan produk skincare
Nampak tak? Melakukan exfoliate adalah antara step mingguan yang penting sekali. Ini kerana, setiap hari kulit kita menghasilkan sel kulit mati. So, apabila sel kulit mati berkumpul dengan banyak, ia boleh menjadi penghalang utama untuk produk skincare menembusi ke dalam kulit.
✅ Ingredient yang tidak sesuai
Nah, nampak tak kepentingan membaca ingredients produk skincare? Jangan terlalu bergantung hanya kepada review dan penjual sahaja, dapatkan sedikit pengetahuan untuk membaca ingredients produk agar kita lebih faham dan tahu apa yang digunakan untuk kulit sendiri.
✅ Kesan produk skincare belum nampak lagi
Seperti yang kita ketahui, setiap individu memberikan reaksi berbeza terhadap sesuatu produk skincare (walaupun dalam jenis kulit atau kondisi kulit yang sama). So, PLEASE STOP COMPARING PROGRESS diri kita dengan orang lain. Tindak balas kulit kita ini bukan hanya dari luaran tetapi juga dalaman, di mana ianya datang dari diet, lifestyle, genetik, dan sebagaiya. So, berikan sedikit masa untuk melihat kesan positif.

👉 Semoga 6 sebab utama ini dapat membantu korang dalam skincare journey untuk mendapatkan skin goal tertentu. Jangan cepat putus asas dan sentiasa positif untuk mendapatkan hasil yang baik. Selamat mencuba!😍🥰😘
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen