top of page

6 TIP PENJAGAAN PRODUK SKINCARE YANG BETUL DAN DAPAT MENGELAKKAN DARIPADA TERCEMAR

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 17 Nov 2020
  • 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua! Cik Jojo harap semoga hari ini akan sentiasa baik-baik dan ceria sahaja hendaknya. Untuk tips hari ini, Cik Jojo nak share kan tentang penjagaan produk skincare yang betul dan dapat membantu mengurangkan kebarangkalian untuk tercemar. Apabila kita menjada produk skincare dengan baik, fungsinya juga akan dapat kekal baik dan efektif. Sebab itu kena jaga kebersihan dan hygiene personal care kita.

Jom kita lihat apakah 6 tips tersebut;

  1. Setelah produk skincare digunakan, pastikan ia ditutup rapat untuk mengelakkan bakteria

  2. Untuk mengurangkan pencemaran dan kebarangkalian tinggi bakteria boleh masuk dalam produk skincare, cuba beli produk dalam packaging seperti tube berbanding dalam jar (bekas yang ada penutup besar).

  3. Gunakan spatula dan bukan jari kita untuk mengeluarkan produk dari jar. Ini sangat bagus dipraktikkan untuk produk yang ada penutup besar dan senang dibuka.

  4. Basmi spatula dengan alkohol sebelum dimasukkan ke dalam produk (sebelum nak ceduk produk dalam bekas).

  5. Buangkan lebihan produk yang terkeluar dari balangnya, terutamanya yang berkumpul di tepi permukaan jar. Cuba bersihkan sesegera mungkin sebelum menutup semula produk tersebut dengan cermat.

  6. Sekiranya produk dalam bentuk cecair, gunakan pad kapas untuk disapukan pada kulit

Semoga tips ini akan dapat kita praktiskan bersama ya! Ingat tau, jaga kebersihan dan hygiene diri dan barang-barang personal care termasuklah skincare. Kalau suka post ini jangan lupa #SHARE dan #LIKE tau. Terima kasih untuk sokongan.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page