top of page

7 CARA UNTUK MAKEUP TAHAN LAMA

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 8 Jan 2020
  • 4 min membaca

Updated: 17 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan salam sejahtera korang! Selalunya Cik Jojo sharekan tips mostly tentang skincare kan, so hari ini Cik Jojo nak share sikit tentang make up. Korang pernah tak nampak ada orang tekstur kulit dia tak berapa nak licin tapi bila dia make up, zassss terus cantik dan licin jerr nampak. Ini adalah salah satu kuasa kosmetik dan make up teknik! Cik Jojo yakin ramai di antara korang yang dah menggunakan perkhidmatan MUA kan...? Best tak hasil MUA yang korang cuba tu… Korang pun sure rasa macam princess sangat bila bertukar jadi sangat cantik! Dah say thanks tak kat MUA korang tu ke belum... Hehe.

So, post panjang hari ni, Cik Jojo nak sharekan basic step untuk make up korang tahan lama dan tidak bercapuk. Kalau ada di antara korang bekerja sebagai MUA, boleh share kan juga tips-tips menarik yang mungkin tertinggal, okay! Jom kita baca apakah 7 steps penting tersebut:

1) SERUM Pertama sekali jangan lupa pakai serum. Serum ni step paling penting sekali sebelum korang make up. Ini kerana fungsinya ialah untuk melindungi kulit wajah terutamanya liang pori-pori daripada tersumbat. So, kalau dah tersumbat tu, korang rasa apa akan terjadi? Ya, betul… berjerawat lah hasilnya. So, make sure korang pilih serum yang bersesuaian dengan keperluan dan jenis kulit korang ya. Kita dah belajar kan tentang jenis kulit kat post sebelum ni…haaaa praktikkan ya.

2) MOISTURIZERS Then, moisturiser adalah wajib untuk semua jenis kulit. Make sure korang pilih moisturiser yang sesuai dan berkesan dengan kulit korang tau. Ini kerana moisturiser ni fungsinya memberikan kelembapan kepada kulit wajah kita. So, tak ada lah nampak kulit wajah kusam jerrr walau dah pakai make up… Kalau pakai moisturiser ni korang memang akan nampak perbezaannya, berseri dan membantu make up tu glow hasilnya nanti.

3) PRIMER Cik Jojo jamin memang ramai yang selalu terlepas pandang bab pemakaian primer ni. Kenapa primer ni penting? Kalau korang nak tau, primer ni sebenarnya adalah rahsia untuk menjadikan make up korang tu tahan lama dan of course, tidak bercapuk. Inilah rahsianya yang bukan sahaja dapat melembapkan kulit, tetapi dapat menjadikan wajah korang licin, menutup parut dan kedutan serta menyamaratakan tona kulit muka. Best ke tak best pakai primer? Kalau korang nak tau, terdapat beberapa jenis primer seperti clear, tinted dan berwarna. So, pilihan di tangan korang, pembelian jugak hak korang. Jangan lupa membuat pilihan dan pertimbangan yang bijak ya. Kunci utamanya: korang mesti tahu jenis kulit korang, baca kandungan produk supaya tiada bahan berbahaya, dan selainnya korang ada kriteria sendiri kan.

4) FOUNDATION Next important step tentulah pemilihan foundation. Cik Jojo nak nasihatkan ni. Kalau korang nak beli produk yang memerlukan tona warna kulit korang, adalah lebih baik korang gi cuba sendiri produknya di kedai ke drugstore atau mana-mana lah janji cuba! Ini kerana, kalau korang beli online, warna yang dipamerkan di internet/website/page tu tak sama dengan lighting in the real situation. Nanti korang pilih kod “sand” contohnya, sekali dia mai nampak agak light berbanding dalam internet. Tak ke berbelang bercapuk dengan kulit sebenar tu. Jangan salahkan penjual kata penipu ke apa… Tak baik tau. Dalam kes foundation ni contohnya, korang sendiri yang mesti cuba produk tersebut sebelum membeli. So, bila korang puas hati baru lah beli, pakai dan lihat hasil yang best dengan step yang Cik Jojo lampirkan ni.

5) CONCEALERS Ada orang suka pakai concealer dengan tujuan utamanya untuk menutup segala parut jerawat, jeragat, dan dark circle (panda eyes). Ya, memang ada foundation yang bertindak 2 in 1 dan dapat cover segala cela ni… tapi korang kena ingat no all foundation sama. So, korang kena betul-betul tahu fungi produk tersebut sebelum membeli ya. Concealer ni gunakan hanya kat tempat yang korang nak cover tu je, jangan pulak dilumurkan satu muka, aduhhh tak bernafas pulak kulit jadinya. Hehe!

6) LOOSE POWDER So, untuk make up selalunya kita pilih loose powder ya korang. Kita tak pakai compact powder sebab teksturnya berbeza dan fungsi juga berbeza. Loose powder ni tekstur lebih halus dan ringgan, so senanglah nak blend dengan make up kat wajah macam blusher contohnya. Kalau compact powder digunakan, tekstur dia tak sehalus loose powder, so agak struggle pulak nak sapu di wajah silap hari bulan bercapuk pulak jadinya sebab dah ganggu layer sebelumnya. Ingat tau, pakai loose powder. Compact powder ni selalunya untuk light make up dan touch-and-go concept, untuk nak cepat dan step dia pun lain.

7) MAKE-UP SPRAY Ni step yang last sekali. Make up spray atau mist ni, selalu kita gunakan untuk kasik make up stay lebih lama dan give a bit glowing. Kirernya macam final touch. Korang spray je dengan jarak yang bersesuaian ke wajah korang yang dah siap make up tu. Fungsi make up spray ni ialah nak lock hasil make up supaya maintain cun. So, taka da lah korang risau make up bercakup ke berbelang ke, make up sopak ke. Ada orang suka pakai make up spray/mist ni ada yang tak berapa suka. Itu semua kan pilihan korang. Yang penting jadilah pengguna yang bijak!


Semoga korang dapat sedikit idea untuk mengelakkan make up bercapuk dan tahan lebih lama. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan kos pembelian make up korang! Kalau korang suka post ini jom ramai-ramai #SHARE dan #LIKE facebook page NURÉAA dan kalau korang belum follow jom #FOLLOW kami sebab ada program free giveaway kat sana. Terima kasih korang di atas sokongan.


Have a nice day everyone!


Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page