7 CARA UNTUK MENGETAHUI PRODUK SKINCARE YANG SUDAH EXPIRED
- Cik Jojo

- 13 Ogo 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan selamat sejahtera korang semua! Sebelum kita lihat tips hari ini, Cik Jojo nak tanya ni korang ada gunakan sunscreen atau re-apply sunscreen tak hari ni? Ingat tau, sunscreen ni tersangat penting kepada kulit kita. Okaylah, jom kita lihat tips hari ini ya!
📍 Untuk hari ini, Cik Jojo nak sharekan tentang 7 cara mengetahui produk skincare yang telah tamat tempoh atau expired. Jom kita lihat pada gamba yang Cik Jojo lampirkan dalam gambar.
✅ Tekstur yang bertukar bentuk
✅ Memberikan rasa merengsa pada kulit
✅ Isi produk tidak bercampur atau terpisah membentuk beberapa tompokan
✅ Isi produk tidak kenyal atau meleleh
✅ Mempunyai bau yang berbeza daripada sepatutnya
✅ Pertukaran warna produk
✅ Berkulat atau pembiakan bakteria dijumpai
📍 Nah, nampak tak ciri-ciri produk skincare yang dah tamat tempoh. Ingat tau, walaupun SUNSCREEN, ia juga mempunyai expiry date nya. Jangan lupa untuk melihat label produk skincare selepas ia dibuka. Selalunya produk skincare akan beritahu pengguna yang produk tersebut mesti digunakan untuk tempoh tertentu (contohnya 6M: bermaksud 6 bulan selepas ia dibuka; 12M bermaksud 12 bulan selepas ia dibuka, dan sebagainya). So, pastikan tidak terlepas pandang tentang hal ini tau.
📍 Jika kita menggunakan produk yang sudah tamat tempoh, ia boleh memberikan kesan yang buruk terhadap kulit kita contohnya seperti merengsa, gatal-gatal, pedih, malah boleh mendatangkan masalah kulit yang lain. Sentiasa berhati-hati dan alert tentang kesemua produk skincare yang kita ada. Untuk lebih baik dan mudah ingat, jangan lupa tuliskan tarikh bila produk tersebut dibuka supaya ianya memudahkan untuk kita mengingati bilakah sepatutnya kita perlu menghabiskan atau membuang produk tersebut.

📍 Semoga tips ini bermanfaat dan dapat kita kongsikan bersama dengan rakan-rakan lain agar dapat membantu ramai orang. Remember tau, always listen to what your skin needs. Take care and stay safe korang!
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen