top of page

7 INGREDIENTS YANG PATUT DIELAKKAN UNTUK RAMBUT

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 7 Jul 2020
  • 1 min membaca

Updated: 16 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat pagi korang semua! Cik Jojo harap semoga semuanya baik-baik sahaja dan sentiasa ceria untuk hari ini. Saja Cik Jojo nak tanya ni, hari ini korang ada pakai sunscreen tak?😉😉 Remember, menggunakan sunscreen setiap hari dapat menyelamatkan kulit wajah daripada banyak masalah kulit tau 🥰. Walaupun di dalam rumah, jangan lupa gunakan sunscreen juga. Untuk tips pendek hari ini, ianya berkenaan dengan produk penjagaan rambut. Sebelum membeli produk penjagaan rambut, jangan lupa melihat label produk terlebih dahulu. Untuk produk penjagaan rambut, jangan lupa BACA 5 INGREDIENTS YANG PERTAMA (di bahagian row paling atas). Jika tertera mana-mana 7 ingredients di bawah ini, cuba ELAKKANNYA. Antara ingredients tersebut, termasuklah⬇️⬇️⬇️; 1) Alcohol Denat 2) Ammonium Lauryl Sulfate 3) Fragrance 4) Mineral Oil 5) Petroleum 6) Isopropyl Alcohol 7) Sodium Lauryl Sulfate Walaupun ingredients seperti di atas ini sering didapati dalam banyak produk penjagaan (memang biasany ada) dan dikategorikan selamat, ingredients di atas ni kebanyakkannya boleh menjadikan rambut kering, membersihkan kotoran sehingga dapat menarik keluar minyak natural pada rambut, membuatkan kulit kepala menjadi kering dan terdedah kepada irritation atau gatal-gatal, serta boleh merosakkan rambut jika digunakan terlalu kerap dalam jangka masa yang panjang. Walaupun 7 ingredients ini perlu dielakkan, kandungannya di dalam produk penjagaan biasanya kurang daripada 0.75% ataupun kalau maksima di antara 2-5% sahaja. Ia digunakan untuk pelbagai fungsi seperti menghasilkan buih, tekstur, dan bau. Selalunya produk penjagaan wajah dan rambut tanpa bahan di atas ini lebih mahal sedikit harganya kerana ingredient alternatif lain yang mempunyai fungsi yang sama digunakan. So, pilihan di tangan pengguna.😉



Semoga bermanfaat ya!


Have a nice day everyone!



Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page