7 PENYEBAB LINGKARAN HITAM BAWAH MATA
- Cik Jojo

- 17 Jan 2020
- 3 min membaca
Updated: 17 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk korang yang best! Terima kasih kerana memberikan sokongan kepada page ni, dan selamat berkenalan kepada followers yang baru. Untuk penerima giveway sebelum ni, cam ner korang dah cuba ke produk tersebut? Kalau yang belum sampai tu, sabar ya sebab jauh giveaway ni mai… hehe. Untuk yang tak sabar nak dapatkan giveaway seterusnya, jangan lupa join our latest call tau! Okay lah, Cik Jojo tak nak buang masa lagi, jom kita lihat apa 7 penyebab utama lingkaran hitam bawah mata tu (a.k.a panda eyes!).
1) Genetik
Genetik adalah penyumbang terbesar untuk mereka yang menghadapi masalah panda eyes ni. So, memang tak boleh buat apa lah kan. Pakai sekati cream atau gel pun tak boleh mampu mengatasinya. Solutionnya: kena lah redha dan terima lah kurniaan daripadaNya. Bersyukur adalah lebih baik daripada tidak bersyukur, kan?
2) Kurang tidur
Yang ni paling common kita dapat. Selalunya yang struggle study lah masa nak dekat exam, yang menangis seharian dari siang ke malam sampai tak boleh tidur, yang ada masalah stress dok berfikir siang malam tak tidur, atau perkara-perkara lain yang membuatkan tak dapat tidur yang cukup. Solutionnya: Tidurlah dengan cukup, sekurang nya 7 jam. Lihatlah hasilnya macam mana…
3) Sinaran matahari berbahaya
Haaaaaa… sebab itu lah wajib pakai sunscreen. Beribu lemon kali dah Cik Jojo suka tekankan yang sunscreen ni sangat penting untuk kita. Tak kirer untuk lelaki atau wanita. Sunscreen ni bukan kasik kasik korang putih melepak ke apa. atau nak feeling feminine ke apa. ianya satu keperluan untuk melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya yang dapat daripada matahari. Jangan kata panda eyes je korang dapat, dengan kulit sekali boleh terbakar, dan kesan panjang boleh mengakibatkan kanser tau.
Solutionnya: Wajib beli dan pakai sunscreen. Kat Watson ke guardian ke banyak je jual, yang mur mur pun banyak. Pastikan ada “broadspectrum” protection tau. Untuk negara panas, SPF 30 dan ke atas adalah diperlukan.
4) Dehidrasi
Yang ni betul ya, nampak remeh kan. Bayangkan kalau badan kita atau kulit kita kurang air (atau dehidrasi), apa je yang boleh jadi shield? Jangakan panda eyes je terjadi, dengan kulit kita pun jadi kering, bersisik, dan mengelupas. Solutionnya: Make sure, minum air kosong secukupnya.
5) Penuaan
Kita pun tau kan yang kulit kita ni organ hidup. Kalau umur kita meningkat, maksdunya kulit kita juga menua mengikut umur kita. Sebab tu lah Cik Jojo cakap, tiada produk kecantikan yang boleh kasik kita muda remaja walau umur dah 90 tahun contohnya. It’s not true ya, and indeed, it’s part of marketing untuk sales. Produk kecantikan di pasaran hanya mampu melambatkan penuaan kulit wajah tapi dalam lingkungan umur sebenar kita. Kalau ada produk yang boleh kasik muda terus, Cik Jojo pun nak beli biar kasik sentiasa sweet 17! Ya, panda eyes tu boleh terjadi di sebabkan penuaan. Solutionnya: Redha and ejoy the journey... You’re not alone, dan kita sepatutnya bangga dah hidup lama sebab ada banyak pengalaman hidup, kan?
6) Mata letih
Ni berkaitan dengan yang kurang tidur tadi. Bila kita kurang tidur maka mata pun naik letih. Tu yang macam mata kena tumbuh je kan. Ia disebabkan oleh otot yang penat dan kulit yang dah bekerja terlalu lama. Ingat tau, kulit kit ani organ hidup, so depa pun nak kena berehat jugak… macam kita lah. Apa jadi kalau kita bekerja 24 jam, 48 jam tanpa henti? Tentulah moody, mengantuk, letih, bukan? Solutionnya: korang mesti dapatkan rehat yang secukupnya dan ingat jangan memandu ketika mata letih.
7) Alergi Walaupun point ni tak berapa nak popular tetapi memang ada orang yang bermata panda disebabkan oleh alegi tau. So, korang kena check sendiri kalau korang dah cuba pelbagai produk tapi tak jalan… dan korang tidak tergolong dalam point lain di atas. Mungkin korang ada alergi something. Solutionnya: Cari apa yang korang alergi tu, dan hentikannya kalau dah jumpa (boleh jadi produk kecantikan, bahan dalam produk kecantikan, pemakanan, dan sebagainya).

Semoga post ini bermanfaat untuk korang! Kalau membantu, korang boleh kasikcepat-cepat ke facebook NURÉAA untuk #LIKE dan kalau korang nak bantu spread awareness boleh #SHARE supaya lebih ramai yang dapat #FOLLOW facebook page dan website ini. Terima kasih korang!
Have a nice day everyone!





Komen