top of page

8 MANFAAT NIACINAMIDE, CARA PENGGUNAAN DAN KESAN SAMPINGAN

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 31 Dis 2019
  • 4 min membaca

Updated: 18 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai korang! Kita dah nak masuk tahun baru 2020 ni. Apa azam tahun baru korang tu? Mungkin ada yang nak tambah ilmu, berniaga, melanjutkan pelajaran, kembangkan perniagaan, berkeluarga, mencuba benda baru, melancong pelbagai negara, mendapat anugerah pekerja cemerlang, menjana pendapatan dari rumah, dan sebagainya. Walau apa pun azam tahun baru korang, kita semua mahu menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya, kan! Cik Jojo doaakan kita semua bersemangat terus untuk tahun baru 2020 – it’s a new decade tau!

Okay, hari ini Cik Jojo nak sharekan tentang satu bahan ni yang sangat best dengan kulit kita. Bahan apa tu Cik Jojo?... Haaaaa....bahan ini sering didapati dalam kebanyakan produk kecantikan yang berada di pasaran. Kalau korang tak caya, lepas habis baca article ni korang check kat some of your produk kecantikan okay! Kehebatan dan keberkesanan bahan ini sering menjadi bualan dan recommendation daripada blogger kecantikan, founder produk kecantikan, reviewer produk kecantikan, malah pakar kecantikan kulit sendiri mengakuinya! So, apa dia bahan best tu?

Niacinamide, itulah nama bahan hebat ini! Keberkesanan Niacinamide adalah sebaris dengan bahan produk kecantikan lain seperti Arbutin dan Vitamin C. Niacinamide juga sangatlah fleksible dan digunakan dalam pelbagai jenis produk kecantikan dan ia hebat menangani hampir semua masalah kulit dan jenis kulit. Contoh produk kecantikan yang boleh kita dapati mengandungi Niacinamide adalah seperti toner, krim, lotion, serum dan moisturiser (pelembap). Kalau tak percaya, korang boleh semak sendiri di belakang botol atau kotak produk-produk kecantikan di drugstore dan sebagainya.

Secara ringkasnya, Niacinamide memiliki manfaat untuk membentuk protein pada kulit dan mengunci kelembapan sehingga dapat mencegah kerosakan kulit yang berpunca daripada beberapa faktor. Manfaat hebat lain yang lebih spesifik daripada Niacinamide ini adalah seperti berikut:

1) Memberikan kelembapan pada kulit Ia dapat membantu membentuk ceramide (lipid) yang dapat mempertahankan kelembapan kulit wajah. Paling menarik, ianya bermanfaat kepada semua jenis kulit, dan tidak tertumpu hanya kepada kulit kering sahaja!

2) Memberikan imunisasi pada kulit Ia juga dapat membantu membentuk keratin, iaitu sejenis protein yang dapat menjadi perisai kepada kulit terhadap sinaran matahari berbahaya dan pencemaran yang membawa kotoran degil.

3) Meredakan keradangan dan kemerahan pada wajah Ia dapat meredakan radangan, kemerahan, dan alahan pada wajah yang disebabkan oleh jerawat dan inflamasi kulit (kulit terbakar/panas)

4) Mengecilkan pori-pori di wajah Selain memberikan hasil kulit wajah yang halus dan lembap, ia juga bertindak mengecilkan liang pori-pori di wajah sepanjang korang menggunakan Niacinamide ini.

5) Mencerahkah hiperpigmentasi dan tompok hitam di wajah Ya memang benar. Dengan kandungan Niacinamide 5% dapat membantu memudarkan bintik-bintik hitam dan hiperpigmentasi. Korang akan dapat melihat kesannya setelah EMPAT MINGGU dari hari pertama penggunaan! Ingat tau. biar lambat asalkan berhasil dan selamat. Ini kerana penggunaan Niacinamide setiap hari dapat meningkatkan pengeluaran kalogen di wajah korang.

6) Membaik pulih produksi minyak Disebabkan Niacinamide ini bersesuaian dengan semua jenis kulit, ia juga dapat membantu mengaturkan jumlah minyak di wajah korang yang dihasilkan oleh kelenjar sebaceous.

7) Merawat jerawat dan parut jerawat Niacinamide ini amat efektif dalam menghilangkan jerawat seperti papula dan pustula, serta parut jerawat, tetapi hasilnya bukanlah semalaman atau instant. Penggunaan dan kesannya dapat di lihat seawal 27 atau 28 hari ya.

8) Meminimalkan garis-garis halus dan kesan penuaan di wajah Ini adalah berita baik untuk mereka yang mencari agen anti-penuaan. Niacinamide juga dapat membantu dalam mengurangi beberapa tanda penuaan seperti garis-garis halus dan kedutan di wajah. Korang boleh menggunakan konsentrasi di bawah 5% untuk tujuaan ini dan secara konsisten selama 27 atau 28 hari atau 4 minggu untuk mendapatkan kesan yang optimum.

Cik Jojo kat mana nak mendapatkan Niacinamide ni?

Korang boleh mendapatkannya daripada DIET SEIMBANG. Cliche sangat tu Cik Jojo... ada cara lain tak?... Haip! Baca dulu ni... Diet seimbang adalah cara terus dan terbaik mendapatkan mikronutrien seperti vitamin B-3. Antara makanan seimbang yang mengandungi Niacinamide seperti sayuran hijau, cereal bijirin, telur, ikan, susu, dan kekacang. Selain itu, ia juga terdapat dalam PRODUK KECANTIKAN yang selamat. Walau bagaimanapun, konsentrasi Niacinamide ini bervariasi. Contohnya, kebanyakan formulasi produk kecantikan adalah 5% atau kurang, di mana ianya sangat sesuai dengan mereka yang berkulit kering, normal dan berminyak. Jika korang berkulit sensitif, kulit kombinasi, atau sedang mengandung dan menyusui, konsentrasi yang lebih rendah adalah disarankan. Untuk maklumat lanjut, korang wajib berhubung dengan doktor kerana kondisi kulit setiap manusia adalah sangat berbeza (walaupun korang sudah mengetahui jenis kulit korang). Niacinamide 2% pula sangat membantu meredakan keradangan, dan jerawat di wajah. Untuk korang yang mempunyai rutin skincare harian, Niacinamide ini selalunya popular dalam bentuk serum. Jadi, penggunaanya haruslah selepas penggunaan toner dan sebelum moisturiser.

Pada umumnya, Niacinamide bersifat tolerant kepada pelbagai jenis kulit dan hampir tidak memberikan kesan yang negatif. Malah, untuk wanita yang hamil dan menyusu juga boleh menggunakannya. Walau bagaimanapun, sesetengah daripada korang mungkin mempunyai alahan (alergi) dan mendapat tindak balas negatif seperti sedikit kemerahan dan rasa gatal. Jika ini terjadi, sila hentikannya. Bagaimana nak tau? Kita telah bincangkan tentang patch testing pada post sebelum ini. Korang boleh check kat post sebelum-sebelum ini ya! Jangan lupa, jika tidak arif dan tidak pasti dapatkanlah nasihat dan kepakaran daripada doktor atau dermatologist.


Semoga post hari ini dapat memberi sedikit pengetahuan dan dapat korang praktik kan dalam rutin penjagaan wajah korang tu. Kalau korang suka sangat post ini, boleh cari facebook NURÉAA dan #SHARE #LIKE #FOLLOW okay! We've free giveaway too.

Sayangi kulit wajah korang dan diri korang sendiri!


Have a nice day everyone!


Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page