top of page

8 SEBAB UTAMA PUFFY EYES TERJADI DAN CARA MENGATASINYA

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 16 Mac 2020
  • 3 min membaca

Updated: 16 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai korang semua! Buat apa tu?.. Kalau tengah santai-santai, Cik Jojo nak ajak korang baca post ini. Ianya berkaitan dengan masalah puffy eyes. Kalau siapa yang ada masalah ini, jom baca sekarang 👉Salah satu sebab utama puffy eyes ini ialah aging faktor atau penuaan. Kulit di bawah mata kita ni adalah sangat nipis berbanding di bahagian lain. Disebabkan kulit kita ini adalah organ hidup, tisu yang terdapat pada sekitar kawasan mata seperti di bawah mata dan eyelids juga gradually change over time. Selain itu, fluid juga boleh trapped di bahagian lower eyelid kita sejajar dengan penuaan/peningkatan umur. 👉Keadaan fluid retention ini dikenali sebagai edema. So, apabila fluid retention ini terjadi kepada kulit di bawah mata kita yang sangat nipis ini ia boleh mengakibatkan puffy eyes (di kenali juga sebagai: bawah mata nampak sembab/ nampak gelembung di bawah mata). Keadaan puffy eyes ini agak common dilihat pada waktu baru bangun tidur, dan puffy eyes akan jadi berkurangan bila kita start blinking untuk sesetengah orang. Tapi sesetangah yang lain pula ianya tidak hilang disebabkan oleh aging dan faktor lain kat bawah ini. Untuk pengetahuan, terdapat 8 lagi sebab utama yang menyebabkan puffy eyes ni. Jom kita tengok kat bawah ni: 📍 Genetik 📍 Fluid retention 📍 Allergies 📍 Terdedah kepada matahari berlebihan 📍 Tidur tidak mencukupi 📍 Diet yang tidak seimbang atau tidak sihat 📍 Menangis 📍 Masalah kesihatan 👉So, korang boleh lah buat cross checked, kalau masalah puffy eyes korang tu fall under any of factor kat atas ini. Kalau disebabkan oleh genetik, masalah kesihatan, atau aging, memang kena redha je laaa atau pun boleh lakukan cosmetic surgery sebab produk kecantikan memang tidak akan dapat membantu. So, please take note ya, jangan terperangkap dengan iklan dan pujuk rayu. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang boleh dicuba untuk puffy eyes yang disebabkan oleh faktor selain daripada aging, genetik, dan masalah kesihatan tu. Jom kita check kat bawah ini: ✅Tidur yang mencukupi, di antara 7 hingga 9 jam sehari. Pattern tidur juga memainkan peranan penting. Tidur pun kena konsisten waktu tau. ✅Mengetahui apakah ingredients yang kita tak boleh makan atau ambil (yang membuatkan allergies) ✅Minum banyak air kosong ✅Mengelakkan pengambilan alcohol ✅Kurangkan pengambilan garam. Penggunaan garam berlebihan hanya akan menyebabkan penambahan fluid retention dalam badan, dan mendapat masalah kesihatan lain. ✅Makan makanan yang mengandungi potassium seperti pisang, kekacang, yogurt, dan sayuran hijau dalam diet seharian. ✅Remedy macam letakkan cool washcloth atau sudu yang disejukkan kepada bahagian puffy eyes (sembab bawah mata) dalam 10 minit. Selain itu, a compress tea bag pun boleh dilakukan sebab teh mengandungi antioxidants dan caffeine yang membantu untuk reduce inflammation. TETAPI remedy macam ini semua hanya memberikan kesan sementara. So, jangan letak harapan tinggi sangat ya. But feel free to try, not a problem. ✅Menggunakan eye cream. For me, eye cream is not my favourite product sebab mahal dan there are other ingredients in my skincare routine yang boleh digunakan kat bahagian ini. But it’s not wrong to try pun if you have extra money. Selalunya eye cream ni lebih mahal berganda daripada produk yang digunakan untuk kulit wajah. Kalau korang nak gak cari produk eye cream ni, boleh tengok yang ada ingredients macam caffeine, epigallocatechin gallatyl glucoside (EGCG), acetyl hexapeptide-8 (atau argireline), chamomile, cucumber, dan arnica. ✅Jumpa dermatologists untuk mendapatkan maklumat tentang cosmetic surgery. I can’t tell much about this, so korang kena consult dengan doktor korang ya. Salah satu surgery yang popular macam blepharoplasty, tapi ini untuk surgery eyelid. Antara lain Cik Jojo tau seperti laser treatment, chemical peels, dan prescription medication untuk masalah yang serious. So, jangan malu dan segan nak jumpa dermatologist ya!


Semoga post ini dapat memberikan sedikit informasi berguna kepada korang tentang puffy eyes. Kalau rasa post ini ada manfaat, jangan lupa ke Facebook NURÉAA untuk #SHARE dan #LIKE okay! Terima kasih korang!


Have a nice day everyone!



Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page