9 JENIS RAWATAN UNTUK PARUT JERAWAT DAN PRODUK EFEKTIF
- Cik Jojo

- 17 Mac 2020
- 2 min membaca
Updated: 16 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai korang! Untuk post petang/malam ini, kita cerita sikit tentang parut jerawat dan 9 jenis common treatments yang biasanya dilakukan oleh ramai orang. Dah ready ke tu?? Jom baca kat bawah ⬇️⬇️⬇️ ni: 👉Parut jerawat biasanya berlaku disebabkan oleh tompokan yang disebabkan oleh keradangan yang dalam pada lapisan kulit kita, seperti nodules dan cysts. Selalunya terjadi apabila kita picit jerawat sampai keluar “mata” dan tidak merawatnya. Biasa orang buat begitu, picit jerawat, keluarkan “mata” dan tunggu sampai “kering”. Ini bukan cara yang terbaik untuk mengatasi jerawat kerana ia hanyalah akan meninggalkan parut jerawat yang dalam atau kekal. Keradangan pada permukaan kulit kita yang disebabkan oleh jerawat boleh menyebabkan beberapa abnormalities (perkara tak normal) seperti; ✅ Pemendapan kolagen baru yang disebabkan oleh permukaan yang tidak sekata pada kulit wajah. So, susahlah nak nampak keanjalan kulit. Bila kolagen baru nak buat kerja, ia terganggu oleh permukaan yang tak sekata tu (kulit wajah berlubang/”kawah”). So parut jerawat akan kekal begitu, jika treatment tidak dilakukan oleh dermatologist. Kita gunakan produk hilangkan jerawat pun tidak akan jalan. ✅ Tethering pada permukaan kulit menyebabkan depression kecil atau "pits". So, nampak lah lubang-lubang atau “kawah-kawah” di permukaan kulit wajah. ✅ Saluran darah yang diperbesarkan atau diluaskan secara kekal. Ia jugak boleh menyebabkan kemerahan (redness). ✅ Kerosakan ke atas sel kulit yang menyebabkan pengeluaran pigment melanin. Apabila pigment melanin ni terjadi, tu yang boleh nampak sedikit warna gelap (brown discolouration) kepada parut jerawat tu. 😵So, apa nak buat kalau kulit muka ada parut jerawat yang dalam dan abnormalities?😔 👉Jawapannya: Produk kecantikan memang TIDAK BOLEH merawat parut jerawat yang dalam (berlekuk-lekuk) atau yang ada abnomalities macam kat atas ini. Tak kira lah, produk brand paling mahal mahupun produk dari Korea, it’s almost impossible. So, jangan buang masa atau duit ya. Produk kecantikan yang boleh pudarkan masalah parut jerawat tu, kebanyakkan parut yang disebabkan discoloration (tompok gelap) sahaja BUKAN yang berlekuk-lekuk. Lebih baik fikirkan solution paling efektif dan selamat. Korang kena set appointment dengan dermatologist untuk mendapatkan consultation dan rawatan yang bersesuaian dengan masalah korang tu. Kat bawah ⬇️⬇️ni ada common treatment solutions yang korang boleh tanya lanjut dengan dermatologist nanti: 📍 Chemical peels 📍 Subcision 📍 Dermabrasion 📍 Microneedling 📍 Dermal fillers 📍 Trichloroacetic Acid Chemical Reconstruction of Skin Scars (Selalu orang panggil TCA CROSS), yang ni paling cheap dan common among mereka yang ada parut jerawat jenis “pitted”, lubang kecik-kecik yang dalam tu. 📍 Laser therapies 📍 Steroid Injections 📍 Surgical treatments 👉Ada few treatments kat atas ni yang korang familiar atau selalu nampak, betul tak😉? Tapi jangan main terjah je. Sebabnya boleh jadi treatment tersebut tidak sesuai dan ada treatment lain yang lebih bagus dan efektif untuk masalah kulit korang. Paling penting, hal-hal skin facial treatment ni hendaklah dirujuk dan pergi terus kepada dermatologist dan BUKAN di spa/salon kecantikan.

Semoga post ini dapat memberikan sedikit informasi tentang parut jerawat dan cara mengatasinya dengan berkesan. Kalau rasa post ini ada manfaat, jangan lupa ke Facebook NURÉAA untuk #SHARE dan #LIKE okay! Terima kasih korang!
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen