ADAKAH KULIT KERING BOLEH MENYEBABKAN KEDUTAN?
- Cik Jojo

- 16 Okt 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk beauty awareness hari ini Cik Jojo nak berikan infomasi ringkas tentang kulit kering dan penyebab kedutan. Sesiapa yang mempunyai kulit kering, boleh baca lanjut post ini dan semua dapat membantu serba sedikit ya!

Untuk makluman semua, kulit kering semestinya dapat menjadikan kedutan kelihatan lebih teruk dan menggalakkan garis halus timbul. Ini kerana, kekeringan boleh menyebabkan garis-garis halus dan kedutan, malah lebih serious lagi elastosis, yang disebabkan oleh ekspresi wajah dan terkena sinar matahari secara kumulatif.
Selain itu, kekurangan kelembapan di permukaan kulit dapat menonjolkan kedutan dan elastosis, serta membuat permukaan kulit kelihatan kasar dan kusam. Kekeringan pada kulit juga dapat menjadikan kulit yang dalam proses penuaan kelihatan lebih tua, dan masalah ini dapat diatasi serba sedikit dengan penggunaan moisturiser yang tepat, dan selamat secara konsisten.
Kesimpulannya, ya! Kulit kering boleh menyebabkan masalah kedutan, garis halus dan sehingga lebih teruk lagi elastosis.
So, jangan ambik mudah dan jangan sesekali skip moisturiser. Sentiasa minum air kosong mencukupi, amalkan gaya hidup sihat, banyakkan buahan dan sayuran segar, dan lakukan rutin penjagaan wajah yang paling penting (cleanse-moisturise-sunscreen) – kalau tiada rutin skincare tertentu atau tak tahu untuk bina rutin penjagaan boleh cuba 3 steps ini.
Rujukan dan sumber bacaan lanjut:
1) Flynn, T.C., Petros, J., Clark, R.E. and Viehman, G.E., 2001. Dry skin and moisturizers. Clinics in Dermatology, 19(4), pp.387-392.
2) McDaniel, D.H., Neudecker, B.A., DiNardo, J.C., Lewis, J.A. and Maibach, H.I., 2005. Clinical efficacy assessment in photodamaged skin of 0.5% and 1.0% idebenone. Journal of cosmetic dermatology, 4(3), pp.167-173.
3) Langton, A.K., Sherratt, M.J., Griffiths, C.E.M. and Watson, R.E.B., 2010. A new wrinkle on old skin: the role of elastic fibres in skin ageing. International journal of cosmetic science, 32(5), pp.330-339.
Semoga post ini dapat dimanfaatkan bersama. Jangan lupa untuk #SHARE dan #LIKE ya! Terima kasih korang semua.
As a friendly reminder, jangan lupa cuci tangan selalu, gunakan hand sanitiser, dan gunakan mask, serta stay safe. With that, kita jumpa on Monday tau! Take care dan selamat berhujung minggu.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen