ADAKAH SUNSCREEN BOLEH MENGAKIBATKAN MASALAH JERAWAT?
- Cik Jojo

- 18 Sep 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai korang! Ini adalah salah satu soalan yang paling sensasi dalam topik sunscreen. So, korang rasa sunscreen boleh mengakibatkan jerawat ke tak? Dan apa yang perlu kita lakukan? Ya, memang ada orang tak suka guna sunscreen sebab takut jerawat tumbuh. Tapi, betul ke sunscreen tu boleh buat jerawat tumbuh? Jom baca.
Penggunaan sunscreen boleh mengakibatkan jerawat adalah ➡️➡️➡️MITOS.
📍 Tapi ada orang tumbuh jerawat lepas guna sunscreen? Ya, betul mereka dapat jerawat tetapi bukan disebabkan oleh sunscreen. Mereka mendapat jerawat disebabkan oleh “irritant reaction” kepada sunscreen atau kepada cahaya matahari yang membuatkan ada bumpy macam acne atau rashes kemerahan. Kalau terjadi masalah seperti ini, penggunaan produk untuk jerawat adalah tidak berkesan sebab ianya bukan jerawat tetapi sejenis reaction. Cara terbaik mengatasi masalah ini ialah elakkan penggunaan produk tersebut dan cari yang lain. Cara lain adalah lakukan patch testing sebelum menggunakan produk sunscreen tersebut. Kalau berterusan juga, segeralah berjumpa doktor untuk melakukan allergy testing. Kadang kala dengan testing ini, boleh dapat trace offending agent tersebut.🤓
📍 Selain daripada sebab yang dinyatakan di atas ini, punca lain yang menyebabkan jerawat tumbuh lepas penggunaan sunscreen ialah tekstur produk tersebut. Untuk makluman, ingredient active dalam sunscreen tiada kaitan dengan masalah jerawat, so don’t worry. Tekstur dan jenis sunscreen ni mungkin ada yang agak greasy atau occlusive, so kat sini perlu berhati-hati dan observe kulit kita sendiri tengok dia suka jenis yang macam mana (tok sah tanya orang lain sunscreen apa paling bagus, remember... kulit setiap orang tidak sama ya). Contohnya: sekiranya kita guna sunscreen jenis krim dan jerawat tumbuh, cuba beralih kepada tekstur lotion. Jika kita menggunakan sunscreen lotion tapi jerawat tumbuh jugak, cuba tukar kepada sunscreen jenis gel. Selain itu sunscreen juga terdapat dalam jenis yang bebas minyak (oil-free), di mana ianya sangat bagus untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak, atau berjerawat.

📍 Clear ke tidak tuuuuuuuu😝😝😝…. Jangan banyak alasan naaaaaaaa... sunscreen murah ja boleh dapat kat Watson, Guardian, Farmasi mana-mana…kalau nak up sikit kat Sephora Hermo Zalora Althea pun ada, kalau nak lagi cepat cari kat Shopee atau Lazada. Suka tau tidak, kita kena gak gunakan SUNSCREEN ya… 🥰😍😘
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama ya! Jangan lupa tau, kalau suka post ini #LIKE dan #SHARE supaya kita sama-sama dapat bantu mereka yang tidak mengetahui tentang hal ini.
I wish you all selamat berhujung minggu dan kita jumpa on Monday okay! Stay safe and have fun weekend. 😘😘
Have a nice day everyone!





Komen