ADAKAH TERDAPAT PERBEZAAN DI ANTARA PRODUK SUNSCREEN UNTUK KULIT WAJAH DAN TUBUH BADAN
- Cik Jojo

- 30 Okt 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk beauty awareness terakhir minggu ini, Cik Jojo berikan perbezaan di antara sunscreen untuk kulit wajah dan sunscreen untuk kulit pada tubuh badan kita. Ada beza ke dua-dua ni?

Untuk pengetahuan semua, produk sunscreen untuk kulit wajah lazimnya lebih ringan pada emollient dan teksturnya berbanding produk sunscreen untuk kulit tubuh badan. Selain itu, produk sunscreen untuk kulit wajah juga sering digunakan di bawah makeup dan disebabkan itulah ianya harus ringan dan mudah disapukan pada kulit wajah. Produk sunscreen untuk kulit tubuh badan pula lebih bersifat water-resistant (atau kalis air), berbanding produk sunscreen untuk kulit wajah yang selalunya tidak water-resistant.
Produk sunscreen diformulasikan untuk kulit wajah selalunya mengandungi antioxidants, soothing agents, dan beberapa ingredients baik untuk kulit yang lebih fokus berbanding produk sunscreen untuk tubuh badan yang lebih tebal tekstur dan tidak delicate seperti kulit wajah.
Kesimpulannya, penggunaan produk sunscreen untuk tubuh badan adalah TIDAK DIGALAKKAN untuk kulit wajah kerana boleh mendatang breakouts, liang pori-pori tersumbat dan rasa tidak selesa seperti melekit. Gunakan produk sunscreen yang betul dan sesuai untuk jenis kulit kita.
Semoga post ini dapat memberikan maklumat tambahan yang sedia ada. Kalau suka post ini jangan lupa untuk #SHARE dan #LIKE ya!. Terima kasih untuk sokongannya. With that, Cik Jojo wish you all selamat berhujung minggu. Jangan lupa untuk jaga jarak social distancing, cuci tangan selalu, gunakan hand sanitiser jika di luar rumah, gunakan mask dan stay safe tau!
See you all on Monday!
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen