APA ITU BINTIK HITAM (EPHELIS) PADA KULIT WAJAH?
- Cik Jojo

- 17 Ogo 2020
- 2 min membaca
Updated: 28 Ogo 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk malam ini, Cik Jojo excited sangat untuk share mengenai bintik hitam yang rata kat kulit wajah. Mungkin ada di kalangan kita yang mempunyai masalah ini. Ia bukan hanya biasa terjadi pada orang dewasa tetapi juga remaja tau!
Bintik hitam yang rata terjadi pada kulit dikenali sebagai EPHELIS. Ia merupakan bintik-bintik mendatar atau rata yang terbentuk akibat peningkatan melanin atau pigmen semulajadi kulit. Bintik hitam ini bukankan freckle secara keseluruhannya tetapi a form of freckle.
Bintik-bintik hitam ini terjadi disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya:
📍 Faktor genetik dan keturunan
📍 Penggunaan kosmetik tertentu
📍 Terdedah kepada sinaran matahari yang terlalu lama
📍 Ketidakseimbangan hormon
📍 Side efek ubat-ubatan tertentu
📍 Masalah stress yang berterusan.

So, cara-cara nak mengatasi masalah bintik-bintik hitam ini adalah seperti berikut;
✅ Lindungi kulit dengan menggunakan SUNSCREEN dan jangan lupa untuk RE-APPLY. Sunscreen berikut adalah yang paling bagus dan direkomendasikan oleh dermatologist:
✅ Boleh menggunakan produk skincare yang mengandungi ingredient brightening
✅ Penggunaan produk-produk retinoids seperti retinol
✅ Boleh cuba untuk rawatan terapi laser
✅ Jika bintik-bintik tidak terlalu banyak boleh juga cuba cryosurgery TAPI mesti dapatkan nasihat daripada doktor tau
✅ Melakukan chemical peeling oleh mereka yang professional macam aesthetician, beautician, nurse, doktor... jangan berani sangat buat sendiri takut boleh jadi lebih teruk
✅ Elakkan berada di luar atau di bawah panas terik matahari terlalu lama
✅ Jika terpaksa berada di luar, jangan lupa gunakan payung untuk melindungi atau topi, dan pakaian yang menutup tubuh
Haaa… kalau ada di antara korang yang mempunyai masalah bintik-bintik hitam ini, cuba semak dahulu puncanya dan boleh cuba beberapa tips diatas ini. Selamat mencuba ya! 😍😘
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen