top of page

APA ITU COLLAGEN DAN DARI MANA IA DATANG?

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 16 Sep 2020
  • 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Untuk hari ini, Cik Jojo nak sharekan tentang COLLAGEN. Mungkin ada yang dah tahu basic collagen, malah ada yang tak berapa pasti pun tentang fungsinya. Kalau korang dalam kumpulan kedua tu, jom baca post ini.


➡️ Secara ringkasnya, collagen adalah protein yang berada di dalam kulit kita dengan bentuk fibers. Collagen ni bertanggungjawab untuk menjadikan kulit kita anjal (firmness) dan nampak muda (youthful) tau. Walau bagaimanapun, collagen pada kulit kita boleh rosak jika terdedah kepada sinaran matahari yang lama TANPA memberikan perlindungan (tak pakai sunscreen contohnya😎). So, kesannya kulit akan nampak lebih tua, kedutan pun mai awal dan tekstur kulit pun tak cantik (terutamannya mereka yang ada parut jenis berlekuk lagi lah risiko).

➡️ Collagen ni dijumpai pada lapisan kulit nama DERMIS. Terdapat beberapa jenis collagen pada kulit manusia tau. Kalau kita keluarkan air daripada kulit kita, 70% adalah collagen yang tertinggal dan ia adalah komponen terbesar kulit kita. So, kalau kita jumpa produk skincare mengandungi collagen yang claim untuk menambah collagen pada kulit dari luar agar nampak muda, sekali lagi dah boleh pangkah❌ produk tu. Ia hanyalah pembaziran dan mostly adalah mahal. Apa yang boleh dilakukan adalah banyakkan makan sayuran, buahan segar dan kalau nak cari produk skincare, cari yang mempunyai ingredients yang dapat ✅🧬stimulate (merangsang) collagen kulit kita sendiri.


Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama ya! Jangan lupa tau, kalau suka post ini #LIKE dan #SHARE supaya kita sama-sama dapat bantu mereka yang tidak mengetahui tentang hal ini.🥰😘 Terima kasih semua.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page