APA ITU EGF?
- Cik Jojo
- 23 Apr 2020
- 2 min membaca
Updated: 16 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai korang! Untuk post petang/malam ini, Cik Jojo nak sharekan tentang EGF! Korang ada tak gunakan produk yang mengandungi EGF dalam rutin kecantikan? Haaaaaa... nak tau apa itu EGF, jom baca post pendek ini mengenainya.
EGF bermaksud Epidermal Growth Factor. EGF ini telah dijumpai oleh Stanley Cohen (1922) dari USA dan Rita Levi-Montalcini (1909) dari Itali, dan mereka telah dinobatkan sebagai penerima The Nobel Prize in Physiology of Medicine 1986.
👉EGF ini mengandungi single-chain, non-glycosylated protein (iaitu 6200 daltons dengan 53 amino acids). Ia boleh didapati daripada cecair badan seperti susu dalam badan manusia, urine, saliva (air liur), air mata, dan sebagainya. EGF juga sebagai faktor penyembuhan (endogenous healing factor of skin), corneal and intestinal (usus), mucosal wounds. Walau bagaimanapun,
👉EGF kita berkurangan mengikut pertambahan umur dan paling drastik ketika berumur 29 tahun ke atas (boleh lihat figure). So, pada umur 29 tahun dan ke atas inilah sesetengah orang akan mencari alternatif kepada EGF tersebut untuk mengatasi beberapa masalah yang selari dengan peningkatan umur, contohnya seperti penuaan, garis halus, kedutan dan sebagainya.
👉EGF memberikan beberapa kesan baik kepada kulit. Antaranya: 1) Regeneration: Menjana semula kulit dengan menggunakan sel kulit baru dan mengurangkan luka 2) Wrinkle improvement: Merangsang bahagian Fibroblast dan synthesises kolagen dan elastin kulit 3) Hydration: Meningkatkan skin barrier kulit dan mengekalkan kelembapan kulit 4) Pigmentation prevention: Mencegah melanin dan tyrosinase ketika proses pembaikan luka 5) Angiogenesis: Induksi faktor angiogenic (antara yang berperanan dalam pembentukan vessel blood)
👉Contoh-contoh ingredients yang digunakan dalam produk kecantikan termasuklah; 1) rH-Oligopeptide-1 2) SH-Oligopeptide-1 3) SH-Oligopeptide-2
👉Kat sini, Cik Jojo sertakan satu article yang paling mudah untuk korang faham. Klik artikel ini dan korang boleh lihat EGF application (penggunaannya), function (fungsi), dan apa yang perlu dielakkan (use/avoid). 1) https://www.abcdef.com.ua/fotky27371/N11_egf.pdf
👉Seperti biasa, kalau korang nak add on EGF dalam rutin penjagaan wajah, jangan lupa dapatkan KHIDMAT NASIHAT PROFESSIONAL daripada dermatologist atau doktor bertauliah dan berlesan tau, dan kalau dah jumpa produk yang bersesuaian, lakukan PATCH TEST terlebih dahulu ya! Oh ya, kebanyakan produk yang mengandungi EGF ini adalah agak sedikit MAHAL tetapi berbaloi if you want to invest untuk skin sendiri. TETAPI ingat, TIDAK SEMUA orang boleh menggunakan EGF ini 😉
Rujukan/sumber untuk bacaan lanjut:
1) Cohen, S., 1983. The epidermal growth factor (EGF). Cancer, 51(10), pp.1787-1791.
2) Bae, Y.S., Kang, S.W., Seo, M.S., Baines, I.C., Tekle, E., Chock, P.B. and Rhee, S.G., 1997. Epidermal growth factor (EGF)-induced generation of hydrogen peroxide Role in EGF receptor-mediated tyrosine phosphorylation. Journal of Biological Chemistry, 272(1), pp.217-221.
3) Yun, W.J., Bang, S.H., Min, K.H., Kim, S.W., Lee, M.W. and Chang, S.E., 2013. Epidermal growth factor and epidermal growth factor signaling attenuate laser‐induced melanogenesis. Dermatologic Surgery, 39(12), pp.1903-1911.


Selamat membuat rujukan dan semoga post ini dapat membantu korang membuat pilihan yang betul untuk kulit sendiri sebelum membeli sesuatu produk. Remember, always listen to your skin! Kalau suka post ini jangan lupa #LIKE dan #SHARE okay! Stay safe, stay at home and take care korang!
Have a nice day everyone!

Comments