top of page

APA ITU LACTIC ACID DAN KEGUNAANNYA

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 10 Ogo 2020
  • 2 min membaca

Updated: 19 Ogo 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera korang semua! Dalam post beberapa minggu lepas, Cik Jojo ada sharekan tentang Glycolic Acid. Untuk mereka yang tidak boleh tolerate menggunakan glycolic acid, mungkin post ini dapat membantu. Post kali ini Cik Jojo akan sharekan tentang alternatif untuk glycolic acid iaitu Lactic Acid.


👉 Untuk pengetahuan semua, lactic acid berfungsi memcerahkan, menghaluskan dan meratakan kulit sekaligus menjadikannya kelihatan lebih anjal. Ia juga dapat membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus, kedutan dan bintik-bintik gelap.


👉 So, bagaimana lactic acid ini berfungsi dengan baik? Sama sifatnya seperti glycolic acid, ia dapat memberikan pengelupasan dan melonggarkan ikatan di antara sel-sel kulit mati untuk memberikan kulit lebih berseri (radiant complexion). Perbezaan yang paling ketara antara glycolic acid dan lactic acid ini ialah ianya lebih lembut kepada kulit. Selain itu, penggunaan lactic acid ini dapat memberikan hasil seperti kulit lebih anjal, garis-garis halus berkurangan, kedutan dan parut jerawat juga dapat dipudarkan.

👉 Lactic acid sangat bagus digunakan bersama ingredients yang hydrating seperti hyaluronic acid. Walau bagaimanapun, perlu berhati-hati dan jangan gunakan bersama produk acid yang lain atau exfoliant lain seperti AHAs, benzoyl peroxide dan retinol. Ingat tau, penjagaan rutin kecantikan dan penggunaan produk skincare perlu teliti dan tepat untuk mendapatkan hasil yang berkesan. So, always listen to your skin needs! 🥰


Kalau korang nak cuba produk lactic acid yang paling lembut dan selamat, boleh cuba dari THE ORDINARY ini, barang authentic, seller jujur dan delivery cepat. Ataupun, korang boleh jugak semak brand dari The Inkey List Lactic Acid. Kedua-dua brands ini adalah paling affordable dan paling banyak positif results. Lactic acid ini sangat tolerable dengan semua jenis kulit termasuk sensitif. Tapi make sure lakukan patch test tau.


Have a nice day everyone!



Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page