APA ITU “NO-MAKEUP MAKEUP”?
- Cik Jojo

- 8 Okt 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk K-Beauty Series hari ini Cik Jojo nak sharekan secara ringkas apa itu “no-makeup makeup”. Ia merujuk kepada trend makeup yang cukup popular di Korea Selatan dan tersebar hingga keseluruh dunia. Hebat betul Korea Selatan ni dalam bidang kecantikan, kan. So, no-makeup tu maksudnya tak gunakan makeup ke? Jawapan pendek: Tidak. “No-makeup makeup” adalah trend makeup, dan tentunya penggunaan produk makeup masih digunakan untuk teknik ini.

Selain itu, trend “no-makeup makeup” ini TIDAK juga bermaksud kurang penggunaan produk makeup ya. “No-makeup makeup” ini adalah trend makeup di mana pengguna menggunakan PRODUK makeup yang berbeza dan TEKNIK makeup yang berbeza untuk mendapatkan hasil yang lebih natural atau ala-ala tak pakai makeup.
Untuk melakukan trend “no-makeup makeup” ini TIDAK SEMUA produk dan teknik tertentu boleh memberikan hasil yang sama untuk semua orang. Contohnya, nak dapatkan warna bibir yang cute dan agak terang, ada orang kena go through teknik tertentu tetapi ada setengahnya tidak perlu pun hanya gunakan lip tint pun dah terserlah. Sebab itulah, ada yang gigih ikut teknik K-Selebriti tetapi hasilnya tidak sama. Makeup dan skincare ni prinsip asasnya sama iaitu setiap individu adalah berbeza dan unik. Kalau semua orang boleh dapat hasil sama dengan mudah meniru, tiadalah pekerjaan makeup artist, kan.
So, apa pendapat korang tentang “no-makeup makeup” ni? Korang pernah cuba tak?
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen