APA ITU SKIN BARRIER?
- Cik Jojo

- 6 Apr 2020
- 3 min membaca
Updated: 16 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai korang! Petang ini jom kita check tentang tajuk skin barrier. Dalam post-post yang lepas Cik Jojo selalu mentioned tentang skin barrier (jaga skin barrier kulit kita, damage skin barrier, baiki skin barrier dan sebagainya). Tapi, apa itu skin barrier yang sebenarnya? Jom baca lanjut….
👉Dalam industri kecantikan, skin barrier dikenali sebagai moisture barrier atau stratum corneum. Ia juga agak sering dirujuk sebagai lipid barrier. Dalam bahasa paling mudahnya ialah lapisan kulit paling terluar. Skin barrier adalah lapisan kulit terluar yang menjaga kulit kita daripada pelbagai jenis faktor persekitaran yang tidak baik untuk kulit.
✅Apakah fungsi skin barrier?
👉Skin barrier berfungsi sebagai pelindung kepada kulit dari pelbagai jenis faktor yang boleh membuatkan kerosakan kepada kulit kita. Faktor-faktor ini antaranya termasuklah sinaran berbahaya UVA dan UVB, debu kotoran dari udara sekitar, pencemaran, bahan kimia dan bakteria yang tidak baik.
✅Apakah yang akan terjadi jika skin barrier rosak?
👉Jika skin barrier kulit kita rosak, ia boleh memudahkan penerimaan perkara-perkara atau faktor-faktor yang tidak baik seperti sinaran berbahaya UVA dan UVB, debu kotoran dari udara sekitar, pencemaran, bahan kimia dan bakteria yang tidak baik. Apabila kulit kita menerima atau menyerap beberapa perkara/faktor yang tidak baik ini, ia akan menyebabkan beberapa masalah kulit yang paling common seperti kemerahan (redness), terbakar (sunburn/burn), gatal-gatal (itchy), jerawat (acne), jeragat, kulit kusam dan kering, radang, dan penuaan.
✅Bagaimana kerosakan skin barrier terjadi?
👉Terdapat banyak perkara yang boleh mengakibatkan kerosakan skin barrier. Antaranya, melakukan exfoliasi kulit wajah untuk membuang sel kulit mati dengan terlalu kerap, menggunakan air panas ketika membersihkan kulit wajah, dan menggunakan produk sabun (kerana sabun ada sulfates yang cepat mengering dan membuatkan muka rasa ketat) dan produk yang mempunyai simple alcohols seperti SD alcohol, denatured alcohol dan isopropyl alcohol. Semua perkara ini adalah penyebab paling utama membuatkan kerosakan skin barrier kulit. Jadi, hati-hati ketika membeli dan membuat keputusan pembelian produk kecantikan ya!
✅Bagaimana untuk mengatasi masalah skin barrier yang telah rosak?
👉Jika mengalami masalah seperti yang telah disebutkan, elakkan menggunakan produk skincare yang bersifat agresif atau ‘strong’ buat sementara waktu atau sehingga skin barrier dibaiki. Contoh produk skincare yang bersifat agresif ini adalah seperti produk ANTI-AGING (retinoids family macam granactive retinoid, retinol, tretinoin, etc ), EXFOLIATOR (AHAs, BHA, semua jenis acids), dan BRIGTHENING (macam alpha arbutin, etc). Dalam erti kata lain lakukan ‘puasa skincare’ dan fokus hanya kepada untuk membaiki skin barrier kulit dan menjaga kelembapan kulit. Untuk mencapai objektif ini, gunakan produk skincare yang mempunyai CERAMIDES, ANTIOKSIDAN, SOOTHING, HEALING dan unsur HYDRATION.
👉Semoga post ini dapat membantu korang dalam membaiki masalah skin barrier. Untuk mengatasi sesuatu masalah kulit, lakukan objektif satu per satu, barulah nampak perubahan yang ketara untuk setiap masalah yang kita nak selesaikan tu. Mudah-mudahan post ini dapat memberikan sedikit manfaat dan kesedaran penting tentang menjaga kulit wajah.
Rujukan dan untuk bacaan lanjut boleh check sumber di bawah⬇️⬇️⬇️:
1) Rawlings, A.V. and Harding, C.R., 2004. Moisturization and skin barrier function. Dermatologic therapy, 17, pp.43-48.
2) Simpson, E., Böhling, A., Bielfeldt, S., Bosc, C. and Kerrouche, N., 2013. Improvement of skin barrier function in atopic dermatitis patients with a new moisturizer containing a ceramide precursor. Journal of dermatological treatment, 24(2), pp.122-125.
3) Schaefer, H. and Redelmeier, T.E., 1996. Skin barrier. Karger Publishers.
4) Bouwstra, J.A., Dubbelaar, F.E.R., Gooris, G.S., Weerheim, A.M. and Ponec, M., 1999. The role of ceramide composition in the lipid organisation of the skin barrier. Biochimica et Biophysica Acta (BBA)-Biomembranes, 1419(2), pp.127-136.

Kalau rasa post ini ada manfaat, jangan lupa ke Facebook NURÉAA untuk #SHARE dan #LIKE okay! Terima kasih korang! Stay safe, stay at home and take care.😘🥰😍
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen