APA ITU SKIN BARRIER DAN CARA MENJAGANYA
- Cik Jojo

- 14 Feb 2020
- 3 min membaca
Updated: 16 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai korang! Selalu tak korang dengar tentang skin barrier daripada pelbagai sumber. Tapi apa itu skin barrier? Jom Cik Jojo ringkaskan maksudnya dan cara nak jaga skin barrier kita okay! 👉Ringkasan tak saintifik (pasar): Skin barrier tu kulit. Ia adalah lapisan yang menghalang benda-benda buruk yang boleh menyebabkan kerosakan free radikal macam pencemaran, toxin, sinaran berbahaya UV... dan memberikan benda baik macam kelembapan kulit. So, skin barrier ni macam penghalang pertama kulit kita yang harus dilalui oleh benda-benda buruk yang terdapat kat sekeliling kita. 👉Ringkasan saintifik: Skin barrier ni berada dilapisan paling luar kulit dan selnya dikenali sebagai corneocytes atau kalau gabungan sel-sel corneocytes tu dikenali juga sebagai stratum corneum (SC). Sel-sel corneocytes ni pulak dicantumkan oleh lipid matrix untuk membentuk stratum corneum. Lipid matrix ini dihasilkan daripada ceramides, cholesterols dan fatty acids yang mana mereka ni bertindak sebagai ‘gam’ dalam menggabungkan sel-sel corneocytes tu. So, bila skin barrier kita mantap ia dapat membantu menghalang microbial, physical, UV, dan free radical damage DAN juga ianya membantu memilih bahan chemical yang baik untuk kulit (yang tak baik akan dihalang). Kan ke kita suka sangat guna produk macam-macam, so kalau skin barrier kita sihat dan mantap ianya dapat menghalang chemical yang tak best daripada meresap ke dalam kulit. Bayangkan kalau skin barrier kita rosak, tak ke menjemput pelbagai benda-benda buruk untuk singgah dan meresap ke kulit kita? Sebab itulah penting untuk membina dan mendapatkan skin barrier yang sihat dan mantap!! 🤔Macam mana nak dapatkan skin barrier yang baik?🤔 📍 Ketika mencuci kulit wajah, carilah produk yang low pH dan gentle. 📍 Nak kuatkan skin barrier carilah produk yang ada mention tentang ceramides. Ceramides ni pun ada banyak kategori tapi buat masa ini, Cik Jojo kasitahu secara general okay. Korang baca kat ingredients, kalau ceramides disenaraikan kat atas, means memang produk tersebut ada banyak ceramides. 📍 Jangan lupa cari produk yang ada hyaluronic acid, sebab ianya membantu kulit hydrated. Kalau korang nak tau, kat dalam corneocytes tu bersifat water soluble. So, bila dah ada hyaluronic acid ni ianya dapat keeping water “in” to ensure kulit kita hydrated. So, inilah sedikit penjelasan ringkas tentang skin barrier dan cara mudah untuk membentuk atau menjaga skin barrier kita. Sebab itulah Cik Jojo selalu pesan, dapatkan kulit yang sihat dahulu sebelum nak cuba apa-apa. Bila skin barrier kita mantap ianya dapat membantu banyak perkara tentang masalah kulit kita. Oh ya, jangan lupa minum air kosong dalam kuantiti yang sepatutnya tau. Semoga post ini membantu journey skincare korang dan dapat manfaat daripadanya! Rujukan dan untuk korang yang berminat nak tahu sangat tentang skin barrier secara saintifik dan ilustrasi imej, boleh baca article kat bawah ni okay! ✅ Rawlings, A.V. and Harding, C.R., 2004. Moisturization and skin barrier function. Dermatologic therapy, 17, pp.43-48. ✅ Goleva, E., Berdyshev, E. and Leung, D.Y., 2019. Epithelial barrier repair and prevention of allergy. The Journal of clinical investigation, 129(3). ✅ Verdier‐Sévrain, S. and Bonté, F., 2007. Skin hydration: a review on its molecular mechanisms. Journal of cosmetic dermatology, 6(2), pp.75-82. Kalau korang suka atau suka sangat post ini, jangan lupa cepat-cepat ke facebook page NURÉAA untuk berikan #LIKE atau #LOVE dan kalau boleh #SHARE lagi bagus sebab kawan-kawan korang pun boleh dapat informasi. Kalau nak lagi cool, korang boleh ajak ramai-ramai lagi #FOLLOW facebook page dan website kami. Terima kasih korang dan selamat malam! Jumpa esok ya!

Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen