APA ITU WHITEHEADS?
- Cik Jojo

- 26 Okt 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk beauty awareness hari ini, Cik Jojo sembang sikit tentang apa itu whiteheads. Tentu ramai yang dah tahu whiteheads tu macam mana dan bentuk fizikalnya serupa apa. Tapi betul ke macam tu? Ingat tak macam ciri-ciri milia last week, nampak sama tetapi mungkin lain.

Okaylah, jom Cik Jojo share ya. Untuk pengetahuan, folikel yang tersekat yang berada di bawah kulit dan terus tumbuh disebut komedo tertutup atau lebih biasa dipanggil whiteheads. Ciri-cirinya adalah ia kelihatan seperti benjolan kecil yang berwarna putih, just right under the skin. Yang menjadi masalah ialah apabila masalah whiteheads ini dipicit atau ada yang cuba untuk keluarkannya, dapat menyebabkan kemerahan pada kulit sekitarnya sekaligus membuatkan mudah mendapat jangkitan disebabkan oleh jari/kuku/peralatan yang digunakan tidak sterile. Risiko jangkitan dan untuk mendapat parut adalah tinggi ye kalau guna jari/kuku/peralatan yang tidak di sterile sebab segala bakteria jahat tu tak mati. Walau bagaimanapun masalah whiteheads ini adalah kategori non-inflammatory dan tidak dikategorikan sebagai inflammatory macam jerawat jenis papules, pustules, dan nodules.
So, kalau nak keluarkan atau bersihkan whiteheads ini, dapatkan perkhidmatan daripada doktor/aeathetician/beautician yang berlesen dan bertauliah. Jangan lakukan sendiri walaupun nampak simple dan senang sebab it can lead to other problem kalau tersilap atau tersalah extract. Good luck and good night all.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen