APA YANG PATUT DIELAKKAN UNTUK SKIN CONCERN ROSACEA?
- Cik Jojo

- 9 Nov 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Untuk beauty awareness hari ini, Cik Jojo nak ajak korang lihat perkara-perkara yang patut dielakkan untuk mereka yang mempunyai skin concern rosacea. Antara perkara tersebut termasuklah;
1) Pendedahan terhadap haba (heat) atau faktor utama yang boleh mendatangkan kemerahan pada kulit wajah.
2) Sun exposure, terutamanya apabila tidak menggunakan sunscreen. That is why lah sunscreen tu wajib digunakan oleh setiap orang termasuklah yang ada skin concern seperti jerawat, jeragat, dan rosacea ni.
3) Produk kecantikan yang mengandungi ingredient seperti peppermint, menthol, dan essential oils. Ingat tau, tidak semua orang boleh menggunakan essential oils.
4) Facial massage atau urutan pada wajah yang sangat kasar.
5) Apabila kulit wajah terasa overdrying (tersangat kering) atau menggunakan facial mask yang sangat mengeringkan kulit.
6) Penggunaan produk acid atau exfoliant yang mempunyai level kekuatan yang tinggi.

Jangan lupa ambil tahu tentang skin concern kita selain jenis kulit sendiri. Apabila dah tahu jenis kulit dan apa isu paling utama kat kulit kita ni, maka dapatlah untuk kita elakkan perkara yang tidak sepatutnya. Malah, ia dapat membantu untuk kita cari ingredients dan formulation yang sesuai untuk kulit kita. Remember, always listen to what your skin needs.
Good night and sweet dreams all. See you tomorrow okay!
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen