APAKAH INGREDIENT HUMECTANTS YANG BIASANYA DIGUNAKAN DALAM PRODUK UNTUK KULIT KERING DAN DEHYDRATED?
- Cik Jojo

- 28 Okt 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua!! Siapa kat sini mempunyai kulit jenis kering? Kat sini dah masuk musim luruh and soon musim sejuk, so, kulit pun mudah sangat kering disebabkan oleh faktor cuaca dan persekitaran. So, product skincare yang Cik Jojo gunakan pada musim panas pun kenalah bertukar juga walaupun Cik Jojo mempunyai kulit kombinasi. Kalau gunakan yang sama, nanti kulit Cik Jojo tetap kering sebab kurang kelembapan.
So, jom Cik Jojo sharekan tentang ingredient humectants apakah yang patut kita pertimbangkan sebelum nak beli produk untuk kulit kering dan dehydrated (yang disebabkan oleh faktor genetic, cuaca, gaya hidup – senang cakap any factor lah asalkan termasuk dalam jenis atau kondisi kulit tersebut).

Oh ya, untuk pengetahuan, humectants digunakan untuk treating hydrated skin, sama ada ataupun tidak ianya alipidic. Humectants ni bermaksud ia dapat menarik air dan mengikatnya ke dalam kulit kita. Maksudnya, kelembapan yang ada tu tidak lah keluar dari kulit kita.
Antara humectant yang biasa digunakan dalam produk skincare dan patut diperhatikan sebelum membuat pembelian produk skincare temasuklah;
sodium PCA,
glycerin,
sodium hyaluronate,
hyaluronic acid,
sorbitol,
propylene atau butylene glycol.
Lazimnya, produk skincare yang diformulasikan untuk kulit berminyak atau kombinasi akan mempunyai jumlah humectant yang bagus, tetapi ianya kurang emollient. Emollients ni usually keep it from escaping.
Rujukan dan untuk mereka yang nak mengetahui lanjut mengenai point dalam post ini, boleh baca di sini:
1) Sagiv, A.E., Dikstein, S. and Ingber, A., 2001. The efficiency of humectants as skin moisturizers in the presence of oil. Skin Research and Technology, 7(1), pp.32-35.
2) Roussel, L., Atrux-Tallau, N. and Pirot, F., 2012. Glycerol as a skin barrier influencing humectant. In Treatment of Dry Skin Syndrome (pp. 473-480). Springer, Berlin, Heidelberg.
3) Greive, K., 2012. Glycerine: the naturally effective humectant. Dermatological Nursing, 11(1), pp.30-34.
4) Ozawa T., Nisiyama S., Horii I., Kawasaki, K., Kumano, Y. and Nakayama, Y., 1985. Humectants and their effects on the moisturization of skin. Skin research, 27(2), pp.276-288.
Semoga post ini dapat memberikan sesuatu untuk korang dan dapat membantu dalam membuat pilihan yang tepat sebelum membeli produk skincare terutamanya mereka yang mempunyai kulit kering atau kondisi dehydrated - sama ada semulajadi dapat dari genetic atau disebabkan faktor cuaca dan sekeliling macam Cik Jojo ni. Jenuhlah nak kena cari moisturiser haha! Stay safe and take care tau.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen