APAKAH MAKSUD SPF YANG TERTERA PADA SUNSCREEN
- Cik Jojo
- 25 Sep 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Tentu ada yang terfikir, apakah sebenarnya maksud SPF yang tertera pada produk sunscreen. SPF tu produk sunscreen ke? Atau SPF dengan Sunscreen tu sama ke? Kalau soalan-soalan ini yang tengah bermain dalam kepala, jom kita lihat apakah maksud SPF pada sunscreen.

SPF bermaksud SUN PROTECTION FACTOR. Ia selalunya diwakili dengan nombor selepas perkataan SPF ini. SPF merujuk kepada berapa lama kita boleh berada di luar (di bawah cahaya matahari) tanpa mendapat sunburn. Kalau kita berada di luar dan di bawah cahaya matahari tanpa menggunakan sunscreen, selalunya dan secara purata, boleh membuatkan kulit kita burn dalam masa 30 minit. Tetapi dengan menggunakan SPF, secara teorinya, membolehkan kita berada di luar dan di bawah cahaya matahari lebih lama (bergantung kepada SPF30, 40, 50, 70..) tanpa mendapat sunburn.
So, jelas tak ringkas ini? Semoga korang mendapat sesuatu daripada post ini ya! Walau bagaimanapun, perkara berkaitan dengan sunscreen tidak terhenti pada SPF sahaja. Ada lagi beberapa faktor lain yang perlu dilihat seperti broad spectrum dan UV filtered. Itu kita cover next time ya.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama! Jangan lupa tau, kalau suka post ini #LIKE dan #SHARE supaya kita sama-sama dapat bantu mereka yang tidak mengetahui tentang hal ini.
With that, I wish you all Selamat Berhujung Minggu!!! Stay safe and take care. Remember, always listen to what your skin needs dan jangan lupa guna sunscreen setiap hari! See you all on Monday!
Have a nice day everyone!

Comments