top of page

APAKAH PROSEDUER KOSMETIK YANG BIASA UNTUK MASALAH JERAWAT?

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 19 Okt 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat, tentu sangat frustrated apabila telah mencuba pelbagai produk skincare dan alternatif lain sehinggakan terfikir untuk melakukan prosedur kosmetik untuk mengatasi masalah jerawat. So, untuk mengatasi masalah jerawat ni ada dua option paling utama iaitu melalui ubat preskripsi (sama ada oral atau sapu), DAN prosedur kosmetik yang dilakukan oleh dermatologist.

Oh ya, prosedur kosmetik ini tidak hanya merujuk kepada pembedahan plastik, suntikan botox, filler dan sebagainya. Ia juga termasalah beberapa jenis treatment untuk masalah jerawat. Jom kita lihat apakah prosedur paling biasa yang boleh dilakukan untuk masalah jerawat ni. Antara prosedur tersebut termasuklah;

  1. Chemical peels

  2. Microdermabrasion

  3. Dermabrasion

  4. Laser

  5. Cryotheraphy

  6. Surgery untuk remove scars

Lazimnya, prosedur-prosedur yang dinyatakan di atas ini juga tergolong dalam kumpulan prosedur kosmetik. Maksudnya, kalau korang lakukan ia TIDAK akan dicover oleh plan insurance (jika korang ada beli policy). Kalaulah cover, tentu ramai orang dah claim insurance buat pembedahan kecantikan, atau prosedur kosmetik, kan? So, it’s NOT. Ini adalah faktor yang perlu juga dipertimbangkan. Memang kena buat tabung sendiri hehehe.


Oh ya, kesemua prosedur di atas ini kita tidak boleh pilih suka hati. Prosedur yang tepat adalah berdasarkan jenis kulit, berapa banyak masalah scar yang ada atau masalah kulit lain yang perlu dipertimbangkan, berapa aktifkan masalah jerawat tersebut, dan paling penting sekali berapa banyak budget kita sediakan untuk mengatasi masalah ini. Kenapa budget tu penting? Sebabnya, most of the treatments kat atas ini akan dilakukan dalam beberapa sesi untuk mendapatkan hasil yang maksimum di samping maintainance treatment dan hasil yang kita dapat tu lasting improvement over time. So, make sense tak? Daripada kita beli produk yang jauh lebih murah tapi masalah hilang cuma temporary dan dia mai balik lepas produk habis, terpaksa lah repeat beli selalu. Kulit kita pula tidak hanya boleh stick pada satu produk sebab produk juga ada tempoh untuk tidak lagi dapat berfungsi dengan baik.


Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit penjelasan secara am tentang prosedur kosmetik untuk masalah jerawat ni. Untuk mendapatkan prosedur yang tepat dan maklumat lanjut, jangan lupa ke klinik kulit dan bercakap dengan dermatologist sendiri ya! Ingat tau, setiap orang adalah berbeza (walaupun situasi atau kondisi masalah kulit nampak sama). Good luck and stay positive ya. Jangan give up dengan masakah jerawat tu, pasti ada penyelesaiannya.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page