top of page

ASAS PENGGUNAAN MASCARA DENGAN BETUL

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 12 Jan 2020
  • 3 min membaca

Updated: 17 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai korang! Hari ni korang buat apa seharian? Cik Jojo yakin ada di antara korang yang gi tengok wayang, makan kat luar, dating, bawak anak jalan-jalan, picnic, hiking, even berehat kat rumah. Walau apa pun korang lakukan, lakukan dengan niat yang baik, dan sentiasa ceria serta bersyukur dengan nikmat yang dipinjamkan-Nya okay! Korang yang keluar rumah dihujung minggu hari ni, tentu ada yang gunakan make up kan? So, Cik Jojo yakin jugak ni salah satu produk yang korang guna tu ialah mascara! Haaaaa… betul tak? So, hari ni Cik Jojo nak sharekan tips asas penggunaaan mascara dengan betul.

Untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dengan make up terutamanya mascara, jom Cik Jojo terangkan sikit apa itu mascara. Mascara adalah salah satu produk kecantikan mata yang boleh merubah wajah seseorang. Tetapi, dengan penggunaan mascara boleh juga membuatkan bahagian mata korang nampak comot atau nampak tidak terurus. Hal ni selalunya terjadi sebab cara penggunaan mascara tau. So, tips pertama korang kena pilih mascara yang sesuai, tidak mengandungi bahan yang terlarang, dan tidak mendatangkan alergic. Ingat tau, produk yang berkualiti dan bagus akan mendatangkan hasil yang best!

Mascara ni ada pelbagai jenis. Korang pun perasan kat kalau kat drugstore ke iklan TV ke, social media sekali pun, produk mascara ni ada yang memanjangkan bulu mata , menampakkan kelebatan bulu mata, atau ada juga anti -clogging (menghindarkan bulu mata melekat-lekat atau berkumpul seketul seketul antara satu sama lain). Tips seterusnya ialah, korang kena pastikan yang korang beli mascara tu untuk apa? Nak hasil ala Korea? Nak bulu mata tebal penuh? Nak nampak cute? So, make sure style pilihan tau.

Next step ialah korang kena mulakan dari akar bulu mata ke hadapan untuk mendapatkan cara pemakaian yang betul. Cara ini akan membuatkan maskara mengikut aluran bulu mata. Then, korang boleh alurkan berus dari kiri ke kanan, pergerakan ini untuk membuatkan semua bulu mata dapat dicover oleh mascara. Another tips, kalau korang tak nak mascara bergumpal atau melekat tebal di bulu mata, korang boleh pilih mascara special macam anti-gumpalan atau boleh jugak gunakan sikat bulu mata untuk memisahkan mascara yang membuatkan bulu mata bergumpal banyak antara satu sama lain tadi. Kalau korang guna teknik ni, ia boleh menampakkan bulu mata korang tu lebih natural. Tips lain yang korang boleh buat ialah lapkan tisu basah pada bulu mata sebelum pakai mascara tu. Kalau korang guna teknik ni, nanti bila di sapu mascara bulu mata korang tak lah bergumpal secara berjemaah.

Kalau nak advanced sikit, korang boleh campurkan berlainan produk mascara untuk dapatkan hasil bulu mata yang tebal. Teknik ni selalunya untuk heavy make up atau make up nak ambil gambar kat studio atau kalau ada penataan lampu yang terang ketika korang attend event. Kalau korang nak try teknik ni, korang boleh gunakan layer yang pertama dengan mascara yang nipis dan kemudian layer ke 2 tambahkan mascara yang mempunyai ketebalan yang lebih.

Teknik lain yang korang boleh cuba ialah kalau korang nak besarkan mata. So, apa yang korang perlu buat ialah lukis garis halus warna hitam di akar bulu mata korang tu. Disebabkan mascara ini cecair, untuk menggekalkan mascara agar tahan lama, korang boleh sapukan sedikit eye shadow powder diatas bulu mata yang mengikut warna mascara yang korang letakkan tu.

Haaaaa itu lah serba sedikit tips asas mascara. Kalau korang ada tips penggunaan mascara yang lebih meletop, jom share kat ruangan comment ni. Jangan lupa tau, kalau korang suka post ni, boleh cepat-cepat ke facebook NURÉAA untuk #LIKE dan #SHARE ya! Korang juga boleh ajak ramai-ramai lagi #FOLLOW facebook page kami sebab ada free giveaway menanti. Terima kasih korang.


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page