BEAUTY AWARENESS #114: JADUAL PERBEZAAN DI ANTARA PHYSICAL SUNSCREEN DAN CHEMICAL SUNSCREEN
- Cik Jojo

- 23 Jun 2020
- 1 min membaca
Updated: 16 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai korang! Ada follower tanya apakah perbezaan di antara physical sunscreen dan chemical sunscreen? Kalau korang nampak je perkataan chemical, jangan lah takut pulak😂. Kan Cik Jojo dah bagitau, everything around us termasuk lah diri kita adalah gabungan unsur chemical (kimia). Apa yang paling penting ialah, mengetahui bahan kimia manakah yang SELAMAT dan TIDAK MEMUDARATKAN diri kita. Sama jugak dengan sunscreen ni. Physical sunscreen ke chemical sunscreen ke kedua-duanya diperbuat daripada gabungan bahan kimia yang selamat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan utama di antara dua jenis sunscreen ini. Cik Jojo dah buatkan jadual untuk korang refer.
👉Contohnya, kalau korang mempunyai kulit sensitif, physical sunscreen lah yang lebih sesuai. Macam mana nak tahu? Boleh lihat pada label ingredients produk tersebut, jika ianya ada tertera zinc oxide dan titanium dioxide maksudnya produk tersebut adalah physical sunscreen. Begitu juga dengan chemical sunscreen, jika ada beberapa ingredients macam dalam jadual di atas, ianya sah lah chemical sunscreen. Tapi, terdapat jugak produk sunscreen yang mengandungi ingredients untuk kedua-dua jenis sunscreen ini tau. So, make sure perhati dan baca label ingredient tersebut dengan teliti ya!
👉Semoga jadual ini dapat memberikan manfaat dan membantu korang dalam memilih dan mencari produk sunscreen yang disukai. Tak kisah lah jenis apa pun sunscreen dan brands dari negara mana pun, just make sure ingredientnya selamat dan mesti gunakan sunscreen setiap hari tau. Jangan lupa re-apply okay!

Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen