BEAUTY AWARENESS #197: KENAPA PRODUK SKINCARE UNTUK JERAWAT DI PASARAN TIDAK SAMA DENGAN YANG DIPRES
- Cik Jojo
- 16 Nov 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Tentu ada di antara korang yang dok terfikir-fikir, kenapa nak kena jumpa doktor atau dapatkan preskripsi daripada dermatologist kalau nak beli ubat jerawat/anti-aging macam retinoids (Retin-A, Tazorac, Differin, Tretinoin) yang banyak boleh dapat kat online platform je. Kalau korang tergolong dalam yang dok wondering tu, nah baca post ini ya!

Untuk pengetahuan followers, rawatan jerawat dengan menggunakan ubat jerawat atau preskripsi daripada doktor adalah jauh lebih kuat daripada produk yang dijual di pasaran. Tahu tak kenapa? Kerana ia ubat preskripsi untuk jerawat yang mempunyai lebih banyak kesan sampingan, sebab itulah ia mesti diberikan oleh doktor perubatan. Maksudnya, selepas melalui check-up, diagnose dan segala prosedur, then doktor akan berikan preskripsi treatment atau ubat yang bersesuaian dengan kita (invidivual based), may be ada ingredient yang kita allergic, atau kesan sampingan yang kita senang kena sebab tu hanya yang pakar sahaja boleh diagnose dan berikan preskripsi. Bukan suka-suka kita minta recommendation dari doktor. Apatah lagi jika kita beli sendiri contohnya, tretinoin atau hydroquinone, di online platform tanpa pengawasan. Macam-macam boleh terjadi tau. Bila dealing with medicine ni, mestilah kena rujuk pada yang pakar.
Semoga post ini membantu ya. Produk retinol di farmasi pun sudah memadai untuk anti-aging dan garis harus, atau produk yang ada benzoyl peroxide /sulfur/salicylic acid/azelaic acid untuk masalah jerawat yang biasa. These products tak perlu preskripsi, boleh dapat di pasaran je. Good luck all.
Have a nice day everyone!

Comments