BEAUTY AWARENESS #198:SEBENARNYA ADA TAU TIDAK SESUATU PRODUK YANG DAPAT MENGECILKAN LIANG PORI-PORI
- Cik Jojo

- 17 Nov 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Tentu ada yang tertanya-tanya tentang produk skincare yang boleh kecilkan liang pori-pori. Sebabnya, terdapat banyak produk dipasaran yang buat claim mampu menghilangkan atau mengecilkan liang pori-pori dengan penggunaan yang konsisten. Tapi betul ke?

Firstly, liang pori-pori kita ni tidak boleh mengecil mahupun membesar, sebab ia tidak mempunyai otot yang boleh berbuat sedemikian. So, memang TIDAK ADA satu produk skincare yang dapat mengecilkan liang pori-pori kulit kita. Walau bagaimanapun.... teruskan membaca post ini.
Untuk makluman, ukuran liang pori-pori ditentukan oleh jumlah sebum yang mengalir secara menyeluruh ke folikel dan juga disebabkan oleh faktor genetik. Penghasilan sebum dan struktur folikel adalah turun temurun dan mustahil akan hilang dari struktur kulit manusia. So, we can reject claim produk yang boleh hilangkan liang pori-pori tu ya. Selain itu, luka jerawat yang meninggalkan parut jenis icepick juga disebut sebagai open pores, yang kadang kala ramai terkeliru dengan memanggilnya liang pori-pori “nampak besar”.
Kesimpulannya, untuk hilangkan atau kecilkan liang pori-pori adalah mustahil TAPI....terdapat rawatan yang dapat mengurangkan visibility liang pori-pori yang kelihatan besar. Selain itu, ada sebilangan besar produk yang mengandungi astringet atau alkohol juga mampu memberikan efek sementara untuk kondisi ini. Penggunaan produk AHA secara berkala juga dapat membantu menghilangkan serpihan dari folikel. Penghapusan serpihan ini dan sebarang komedon akan membantu liang pori kelihatan “lebih kecil”.
Ada dapat sesuatu daripada post kali ini? Semoga pencerahan ini dapat menambahkan sedikit pengetahuan tentang produk skincare dan tidak terpengaruh dengan iklan-iklan atau claim yang tidak tepat. Good luch with your skincare journey ya! Stay safe and take care all.
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen