top of page

BEAUTY AWARENESS #199: APA AKAN JADI JIKA KONDISI KULIT KITA DEHYDRATED?

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 18 Nov 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Cik Jojo harap your day semuanya lancar dan baik-baik sahaja ya! Kalau stress tu, jangan lupa cari aktiviti yang dapat mengurangkan stress atau mungkin boleh dapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar macam kaunselor ke psychologist ke atau pun doktor. Ingat tau, stress juga menjadi salah satu punca kepada masalah kulit. Please take care okay. Untuk beauty awareness hari ini, Cik Jojo nak share kan tentang perkara lazim yang boleh berlaku apabila kulit kita dehydrated. Jom baca sikit.

Dehydration boleh membuatkan kulit nampak lebih tua dan kusam. Ia boleh terjadi kepada semua jenis kulit, dari kulit kering hingga kulit sensitif. Walau bagaimanapun, kondisi kulit dehydrated ni hanyalah sementara (temporary) sahaja dan ia dapat ditingkatkan untuk lebih baik dengan menggunakan produk moisturiser yang bagus dan sesuai dengan kulit kita. Selain itu, penggunaan sunscreen juga sangat digalakan untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang menyebabkan kulit cepat tua, kedutan, dan garis halus.


Kesimpulannya: kulit dehydrated boleh membuatkan kita nampak cepat tua, kulit kusam dan tidak nampak healthy glow. Untuk mengatasi dan mengelakkannya terjadi, sentiasa gunakan moisturiser yang bagus dan tepat untuk kulit sendiri, disamping berikan perlindungan sunscreen bersama. Mengamalkan dua produk ini, bukan sahaja dapat mengelakkan masalah kulit dehydrated tetapi juga menghalang garis halus yang baru. Paling penting, minum air kosong mencukupi untuk berikan hydration kepada tubuh badan kita. Walaupun minum air tu tidak terus nampak lembap ke kulit kita, hasil daripada tubuh badan yang hydrated dapat digambarkan pada kulit kita.


Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama. Remember, always listen to what your skin needs. Lakukan pemerhatian dan pilih produk yang paling tepat dan selamat. Good luck with your skincare journey ya.


Have a nice day everyone!


Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page