BEAUTY AWARENESS #200: PENGGUNAAN MOISTURISER YANG JUGA MEMPUNYAI SPF
- Cik Jojo
- 20 Nov 2020
- 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! How’s your day dan minggu ini? Dah hari Jumaat pun kan. Hopefully semuanya baik-baik sahaja ya. Penutup minggu ini Cik Jojo nak sharekan tentang penggunaan moisturiser yang juga mempunyai SPF. Tentu banyak sekali kita dapat lihat di pasaran produk moisturiser seperti ini konsep 2-in-1. Ada yang cakap ok gunakan produk ini sebab ia dapat berikan efek dewy, malah ada yang tidak bersetuju. So, post ini adalah pendapat dari Cik Jojo sahaja boleh setuju dan tidak, terpulang kepada you all.

Pada pendapat Cik Jojo, penggunaan moisturiser yang juga ada SPF ni adalah salah satu kaedah terbaik untuk mempraktikkan perlindungan cahaya matahari yang berkesan. Kita sering disarankan untuk mencari moisturiser yang memenuhi keperluan kulit (contohnya; kondisi dan jenis kulit kita, tekstur dan ketebalan yang tepat, dan produk yang selesa yang memenuhi keperluan kecantikan) yang mungkin juga ada SPF15 atau sunscreen broad-spectrum yang lebih tinggi.
Ada kajian membuktikan yang produk moisturiser boleh menjadi dua kali ganda sebagai pelindung matahari dan dapat memberikan manfaat kepada kulit jika digunakan setiap hari. Walau bagaimanapun, jumlah yang kita letakkan pada wajah (contohnya SPF 30) tidak akan mencukupi untuk mendapat liputan sebanyak itu, dan ia sebenarnya akan dicairkan oleh moisturiser. So, moisturiser yang ada SPF 30 (contohnya) hanya akan memberi kesan SPF 10 hingga 12 sahaja pada kulit kita. Justeru, penggunaan sunscreen tetap digalakkan selepas mengoleskan moisturiser (sama ada mempunyai SPF ataupun tidak).
Topik ini agak menarik untuk dibincangkan. Untuk mereka yang nak gunakan hanya moisturiser yang ada SPF, dan tidak bergantung kepada sunscreen, mungkin sesuai untuk mereka yang tidak mendapat matahari secara terus yang banyak/tertumpu, atau mungkin juga boleh dilakukan tetapi dengan syarat nilai SPF nya mesti lebih tinggi berbanding 30+, sebab ambil kira formulasi moisturiser yang mungkin boleh mencairkan dan mengurangkan SPF yang sedia ada.
Pendapat korang pula bagaimana? Guna moisturiser sahaja atau gunakan both moisturiser dan sunscreen? Walau apa pun decision, sentiasa menjaga kebersihan, dan pastikan penggunaan produk yang selamat dan bersih okay!
Rujukan/sumber bacaan menarik:
1) Lourenco, E.A., Shaw, L., Pratt, H., Duffy, G.L., Czanner, G., Zheng, Y., Hamill, K.J. and McCormick, A.G., 2019. Application of SPF moisturisers is inferior to sunscreens in coverage of facial and eyelid regions. PloS one, 14(4), p.e0212548.
2) Souter, J., 2013. Sunscreens: skin care. SA Pharmacist's Assistant, 13(4), pp.36-37.
3) Seité, S., Reinhold, K., Jaenicke, T., Brenden, H., Krutmann, J. and Grether-Beck, S., 2012. Broad-spectrum moisturizer effectively prevents molecular reactions to UVA radiation. Cutis, 90(6), p.321.
Selamat berhujung minggu dan kita jumpa hari Isnin nanti. Stay safe and take care korang.
Have a nice day everyone!

Comments