top of page

BEBERAPA CARA PRAKTIKAL UNTUK MENGURANGKAN KEBARANGKALIAN MENDAPAT KANSER KULIT

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 8 Okt 2020
  • 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Untuk sharing is caring kali ini Cik Jojo nak sharekan satu video menarik berurasi cuma 2:06 minit sahaja dari American Academy of Dermatology mengenai bagaimana untuk memberikan perlindungan kepada kulit dari mendapat kanser kulit. Dalam video ini ada disarankan beberapa langkah yang praktikal dan wajar kita lakukan untuk menghalang kulit kita daripada faktor luaran yang tidak baik untuknya, seperti sinaran UV yang bahaya yang boleh meningkatkan sunburn mahupun kanser.

Antara beberapa cara yang praktikal tersebut termasuklah; 1) Gunakan sunscreen setiap hari dan re-apply setiap 2 jam pada kuantiti yang secukupnya. Boleh gunakan measurement 2 ruas jari ataupun sudu.


2) Gunakan broad spectrum sunscreen yang dapat menghalang UVA dan UVB serta gunakan paling kurang pun SPF 30 (dan ke atas).


3) Cari tempat berteduh jika berada di luar atau di bawah cahaya matahari.


4) Pakai pakaian yang bersesuaian dan yang dapat memberikan protection kepada kulit kita contohnya baju long-sleeve, seluar panjang, topi, sunglasses, dan sebagainya.


5) ….. dan ada beberapa lagi yang mungkin korang pernah dengar ataupun tidak. Jadi kenalah tonton ya!


Semoga video ini dapat memberikan kesedaran dan terus mengingatkan kita semua tentang kepentingan menjaga kulit sendiri. Take care you all!


Sumber/rujukan: American Academy of Dermatology Link: https://www.youtube.com/watch?v=xGKV8CuPgjU&feature=emb_logo


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page