BOLEH ATAU TIDAK MENGGUNAKAN MAKEUP JIKA KULIT SEDANG MEMBENTUK PARUT JERAWAT?
- Cik Jojo

- 17 Ogo 2020
- 1 min membaca
Updated: 18 Ogo 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai korang! Siapa yang tengah ada jerawat dan terpicit pulak jerawat tu, akibatnya kulit wajah jadi kemerahan atau berparut? So, kalau kondisi wajah sedang begini, boleh atau tidak menggunakan makeup? 🤔🙄
👉 Untuk pengetahauan, walaupun kulit tengah nak pulih daripada masalah jerawat atau pembentukan parut jerawat tentu sahaja boleh menggunakan makeup TETAPI ada syaratnya😉. Antara syarat yang paling penting untuk dipertimbangan sebelum menggunakan makeup ketika kulit wajah sebegini adalah: kita boleh memilih foundation yang ringan dan bebas minyak dan berlabel non-comedogenic. Seperti yang kita sedia maklum, label non-comedogenic pada produk kecantikan bermaksud produk tersebut mempunyai kebarangkalian minimum atau tidak boleh membuatkan liang pori-pori tersumbat.

👉 Selain itu, kita juga boleh mengambil kira label produk bersifat hypoallergenic dan non-irritating, serta produk yang berasaskan air (water-based). Pertimbangan memilih produk kecantikan sama ada skincare dan makeup seperti ini juga dapat mencegah kulit wajah daripada mendapat rasa merengsa yang sangat tinggi kebarangkalian menimbulkan masalah jerawat pada parut jerawat yang sama😉.
👉 Semoga tips ini dapat dikongsikan bersama supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya. Jangan lupa untuk membaca label produk kecantikan sebelum membeli ya!
Berikut adalah beberapa foundation yang sangat bersesuaian dengan masalah ini:
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen