top of page

4 CARA MUDAH MELAKUKAN PATCH TESTING UNTUK PRODUK KECANTIKAN

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • Dec 16, 2019
  • 3 min membaca

Updated: Jul 18, 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Cik Jojo nak tanya ni, korang tau tak apa itu patch testing dan keperluannya dalam menentukan produk yang serasi dengan korang? Ok, kalau tak tau dan nak tau dengan lanjut.... jom baca ni:

Topik ini adalah sangat penting dalam penjagaan kulit yang korang selalu skip atau mungkin tak terfikir nak buat especially kalau tengah rambang mata kat Sephora ke drugstores ke even online shopping tu. Tahukah korang dengan melakukan patch testing yang betul boleh menghilangkan jerawat dan mengetahui produk kecantikan yang betul atau serasi dengan kulit korang? Keghairahan pengguna terutamanya wanita untuk kelihatan cantik membuatkan mereka terlupa akan hal yang sangat penting ini. Kelalaian ini lah yang menjadi punca terjadinya “acne-cosmetica” termasuklah papules, comedones atau pustules yang disebabkan oleh penggunaa produk kecantikan terutamanya kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit korang.

So, apakah itu patch testing?

Patch testing adalah satu teknik untuk menguji produk kosmetik baru untuk melihat keserasiannya dengan kulit korang. Seperti yang dinyatakan, teknik ini sering sahaja diabaikan oleh pengguna dan boleh mengakibatkan jerawat yang teruk dan reaksi alahan. Percaya atau tidak, kebanyakan masalah utama yang dihadapi oleh pengguna disebabkan oleh ketidakserasian dan produk yang tidak selamat. Jika korang mengesyaki ianya mungkin berlaku kepada korang, berhenti menggunakan segala-galanya serta merta dan tunggu sekurang-kurangnya dua minggu untuk melihat perkembang. Ya, tempoh yang agak panjang tetapi ianya untuk kebaikan korang. Pupuklah kesabaran demi kulit korang.

Bagaimanakah cara melakukan patch testing?

Berikut adalah tips melakukan patch testing ni. Korang boleh cuba mana-mana tips ini mengikut keperluan, jenis kulit, dan tahap reaksi produk. Ingat ya! Korang harus apply setiap hari dibahagian kulit pilihan korang untuk patch testing ini dan tunggu seminggu. Walau bagaimanapun, jika kali pertama patch testing pun sudah rasa pedih, gatal, atau kemerahan sila hentikan dengan segera dan cepat-cepat cuci dengan air sampai bersih.

1) Menguji reaksi alergi (Allergic reaction) – Korang boleh cuba meletakkan sedikit jumlah produk tersebut di telinga korang. Teknik ini paling sesuai untuk melihat reaksi alergi.

2) Iritasi / kerengsaan pada kulit (Irritation) – Korang boleh letakkan sedikit jumlah produk yang ingin korang cuba di bahagian paling sensitif. Bahagian ini adalah berbeza untuk setiap orang, ada orang di bahagian hidung, ada yang di bahagian dagu, pipi, jawline, dan sebagainya.

3) Melihat bagaimana liang pori tersumbat atau tidak (Comedogenicity) – Untuk cara ketiga ini, korang boleh cuba sedikit jumlah produk tersebut ke atas kawasan breakouts, pori tersumbat, tempat yang selalu naik blackhead atau whitehead. Cara ini juga berbeza untuk setiap orang. Jika kawasan tersebut menunjukan reaksi positif, korang boleh teruskan dan hentikan jika sebaliknya. Ingat ya, jangan cuba di seluruh kawasan tersebut, sedikit sahaja untuk melihat reaksi dengan produk baru.

4) Selain itu, korang juga boleh mencuba patch test di bahagian dalam lengan, pergelangan tangan dan leher. Di bahagian-bahagian ini juga dapat membantu korang melihat reaksi kulit menjadi merah atau gatal.

Produk yang sesuai, selamat dan baik untuk kulit korang adalah yang selesa ketika dipakai. Jika korang terasa gatal, panas, tidak selesa, kulit tegang (ketat), kemerahan, dan sebagainya, segeralah cuci muka dan tanggalkan produk tersebut dari kulit muka korang.

PERINGATAN: DALAM INDUSTRI KECANTIKAN DAN PRODUK KOSMETIK NI TIDAK ADA istilah ‘proses rawatan’ , ‘first time cuba’, ‘kulit muka baru nak kenal’, ‘healing crisis’ dan sebagainya! Cik Jojo dah lama bekerja dalam bidang ini dan ada PhD bidang ini. So, ingat tau... jika rasa-rasa tersebut terjadi. Itu adalah tidak normal sama sekali! Produk kecantikan atau kosmetik yang selamat dan berkualiti tidak akan sama sekali bereaksi sebegitu melainkan korang ada alahan. Sebab itulah at the very beginning Cik Jojo dah cakap sila dapatkan BASIC information about your skin dengan DOKTOR atau DERMATOLOGIST. Kalau masalah berlarutan, segera dapatkan rawatan dengan mereka okay!

Selamat mencuba dan jadilah pengguna yang bijak 😍😍🥰

Jika tips ini bermanfaat, korang boleh #SHARE tau. Jangan lupa ajak lagi ramai-ramai #LIKE dan #FOLLOW facebook page NURÉAA, soon kita buat free giveaway #2 okay!

Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page