top of page

BENARKAH UBAT GIGI BOLEH MENYEMBUHKAN JERAWAT?

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 26 Jan 2020
  • 2 min membaca

Updated: 16 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Assalammualaikum dan salam sejahtera korang semua! Pagi ini Cik Jojo berikan jawapan untuk soalan tersebut okay. Korang memang biasa dengar petua letak baking soda untuk kecutkan jerawat. Hmmm... Itu amatlah tidak baik untuk kulit kita ya sebabnya baking soda tu mempunyai nilai pH yang beralkali tinggi. Samalah juga menggunakan ubat gigi untuk merawat jerawat…. Pun Cik Jojo kasik hmmmmmm lagi sekali. Jom Cik Jojo terangkan ya.

📍 Apakah bahan utama dalam ubat gigi?

👉Secara amnya, ubat gigi mengandungi alcohol, sodium bicarbonate, fluoride, glycerol, sorbitol, calcium carbonate, sodium lauryl sulfate (ye ada SLS), dan panjang lagi list. Antara bahan utama ni, apa yang korang nampak? Sodium bicarbonate itu dikenali juga sebagai baking soda. So, korang dah tau sifat baking soda tu macam mana kan-beralkali.

📍 Adakah letak ubat gigi berkesan menyembuhkan jerawat?

👉Kebanyakan source yang korang jumpa kat website beritahu yang ubat gigi ni boleh mengeringkan individual spot jerawat tu. Ya, memang betul sebab dalam ubat gigi ada bahan antibacterial dan cooling effect. TETAPI dalam ubat gigi juga mengandungi bahan yang boleh mendatangkan KEKERINGAN PADA KULIT, IRITASI dan MEROSAKKAN KULIT kita and it is only a mitos atau kita panggil placebo effect (Bratsis, 2017). Untuk pengetahuan korang, ubat gigi tidak pernah menjadi remedy (alternatif) merawat jerawat dari perspective perubatan. Kalau macam tu, senang lah kerja doktor atau dermatologist suruh pesakit pakai ubat gigi je nak rawat masalah jerawat yang banyak jenis tu, betul tak?😂

📍 So, apakah bahan paling efektif untuk jerawat?

👉Secara amnya, korang boleh cari produk penjagaan yang mengandungi bahan-bahan seperti benzoyl peroxide, salicylic acid, glycolic acid, lactic acid, sulfur atau resorcinol, yang mana ianya sesuai untuk jerawat jenis mild macam whiteheads, blackheads, papules dan pustules (See, 2012). Ada satu lagi bahan yang sangat light tapi efektif namanya Azelaic Acid, di mana korang boleh gunakan dua kali sehari malah ianya di consider safe untuk orang yang mengandung (Ravisankar et al. 2015).Kalau nak lagi tepat, berjumpalah dengan dermatologist okay!

Kesimpulannya, jangan lah gunakan bahan atau produk yang bukan bertujuan untuk mengatasi sesuatu masalah. Ubat gigi gunanya untuk gigi kita, dan produk penjagaan kulit untuk kulit kita. Fikirkanlah tentangnya.

Kalau korang nak baca lanjut perkongsian post ini, boleh semak articles berikut;

👉Bratsis, M.E., 2017. Acne: Myth vs. Fact. The Science Teacher, 84(4), p.17.

👉See, J.A., 2012. Drug treatment of acne. An Independent Review, p.180.

👉Ravisankar, P., Koushik, O.S., Himaja, V., Ramesh, J. and Pragna, P., 2015. Acne-Causes and Amazing Remedial Measures for Acne. Indo-American Journal of Pharma Research, 5(07).


Semoga tips pagi ini bermanfaat dan dapat membantu lebih lagi kefahaman korang agar tidak diracun oleh mitos. Selamat membaca!


Have a nice day everyone!


Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page