EXFOLIATION BOLEH DILAKUKAN WALAU KULIT KERING?
- Cik Jojo
- 6 Nov 2020
- 1 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai semua! Mungkin ada yang berpendapat kalau kulit kering tidak sesuai untuk melakukan exfoliation sebab takut lebih kering kulit atau mengelupas. Sebenarnya, boleh lakukan exfoliation untuk kulit kering selagi ia dilakukan dengan lembut dan pengelupasan ringan akan berlaku untuk menyingkirkan sel permukaan kulit yang kering dan mati. Dengan melakukan exfoliation ini, ia dapat membantu meningkatkan pengantian sel, dan membantu menghasilkan lipids untuk fungsi barrier kulit. Ingat tau, jangan gosok dengan kuat tau sental kulit dengan kuat, lakukan secara lembut. Pengelupasan dan penyingkiran sel kulit mati memang tidak akan dapat dilihati dengan mata kasar.

Untuk mereka yang sukakan physical exfoliation macam scrub, boleh juga gunakan tapi tak berapa digalakan oleh ramai aesthetician dan dermatologist. If you all nak gunakan scrub juga, boleh cari scrub yang mengandungi beads (bijian mikro/kecil) yang diperbuat daripada polyethylene atau hydrogenated jojoba oil adalah pilihan terbaik berbanding scrub kasar. Cari nama ingredient ini okay!
Paling selamat dan sangat digalakkan adalah penggunaan chemical exfoliation macam AHAs, BHA, PHA. Contohnya, AHAs seperti glycolic acid, lactic acid, mandelic acid dapat membantu menghilangkan sel kulit mati, mengeringkan sel, dan melicinkan permukaan kulit, dan meningkatkan penampilan estetik yang baik.
Kesimpulannya: Mereka yang mempunyai kulit kering juga boleh melakukan exfoliation, cumanya kena lakukan dengan gentle okay! Ingat tau, jangan melebihi daripada 1 atau 2 kali seminggu. Selamat mencuba ya!
With that, Cik Jojo wish you all selamat berhujung minggu, stay safe and take care tau. Remember, always listen to what your skin needs. Kita jumpa on Monday!
Have a nice day everyone!

Comments