top of page

K-BEAUTY SERIES: 3 INGREDIENT HYDRATING YANG POPULAR DALAM KBEAUTY UTK BEBERAPA JENIS SKIN CONDITION

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 12 Nov 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua!!! It’s our KBeauty Series of the week! Ada tak sesiapa follower kat sini yang shopping atau borong produk skincare dari Korea semalam sempena sale 11.11? Mesti tak sabar tengah tunggu delivery tu kan. Hehe! So, bercakap tentang produk Kbeauty, terlampau banyak ingredients yang best-best yang telah di trending kan oleh skincarelovers di seluruh dunia. Antaranya; niacinamide, centella asiatica, panthenol, ginseng, snail mucin, rice water, bakuchiol, dan banyak lagi.

Untuk KBeauty series hari ini, Cik Jojo nak fokuskan pada ingredient hydrating yang begitu popular dan efektif dengan claim yang diwar-warkan. Nak tahu ingredient apa? Jom kita check it out sekarang.


1) PANTHENOL

Fungsi: Sangat lembut dan dapat meredakan rasa merengsa (irritation) dan paling efektif dalam memberikan kelembapan kulit. So, kalau korang mempunyai kulit kering dan kulit sensitif, atau mengalami skin condition kulit dehydrated, cari produk yang ada ingredient ini pada row paling atas.


2) NIACINAMIDE

Fungsi: Ia sangat membantu dalam memberikan keseimbangakn sebum yang diproduksikan oleh kulit. Selain itu, ia juga dapat mencerahkan wajah dengan penggunaan yang konsisten. So, kalau korang mempunyai kulit jenis berminyak atau skin condition seperti acne-prone, berjerawat, kulit kusam, dan parut jerawat, korang boleh cari any skincare product yang ada ingredient ini. Jika ingredient ini disenaraikan paling atas, itu adalah lebih bagus berbanding jika ia berada di posisi tengah atau di bawah.


3) SNAIL MUCIN

Fungsi: Lendir siput atau snail mucini ini adalah high concentrated ingredient tau. Ia membantu meningkatkan cell turnover, sekali guna dapat memudarkan parut jerawat (jenis gelap/kemerahan). Ingredient ini sangat gentle dan boleh digunakan oleh semua jenis kulit. Antara skin condition yang boleh dapat manfaat maksima termasuklah aging skin, jeragat, parut jerawat, hyperpigmentation dan kemerahan.


Inilah antaran TOP 3 ingredient hydrating untuk beberapa jenis skin concern yang selalu kita alami. Setelah mengetahui fungsi dan kesesuaian ingredient ini untuk jenis kulit dan skin concern tertentu, jangan lupa pula untuk lakukan PATCH TEST sebelum menggunakan sepenuhnya produk skincare KBeauty yang korang beli tu tau. As a friendly reminder, produk skincare KBeauty ni principle mereka adalah “prevention” iaitu penggunaan sesuatu produk itu adalah untuk menghalang daripada sesuatu terjadi, berbanding “merawat”/”treating”.


Remember, always listen to what your skin needs. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama. All the best with your skincare journey. Stay safe and take care all.


Have a nice day everyone!


Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page