top of page

K-BEAUTY SERIES: APA ITU CREAM SKIN?

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 1 Okt 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! So, It’s time for K-Beauty Series! This week jom kita lihat apa itu cream skin? Mungkin ada ramai yang dah tahu tentang trend 2020 ini kan. Ada sesiapa yang dah gunakan any product cream skin tak? Kalau ada, korang memang big fan K-Beauty betul. Untuk yang tak tahu atau samar-samar tentang trend cream skin ni, jom kita lihat ringkasannya ya!.

Trend cream skin ni tidak sama seperti trend Glass skin di mana penampilan glass skin dapat dicapai dengan meletakkan produk hydrating seperti essence, serum, moisturiser. On the other hand, Cream skin ni adalah produk, tekstur, dan penampilan. Dalam K-Beauty, toners dan essences selalunya dirujuk sebagai ‘SKIN’. So, trend cream skin ini adalah kacukan hybrid di antara produk toner dan moisturiser dengan tekstur yang ringan dan milky. Produk hybrid seperti cream skin ini bertujuan untuk melembutkan dan menyediakan kulit sama fungsinya seperti toner, sambil memberikan hydration dan kebaikan yang sama seperti moisturiser. Trend cream skin ini tercetus disebabkan oleh perubahan trend skincare rutin di Korea Selatan untuk lebih minimal, yang biasanya mempunyai banyak steps dan multitasking produk (pelbagai produk).


Hasil penggunakan produk cream skin tentulah sangat dititikberatkan oleh penggunakan dan permintaan di sana. Antara hasilnya termasuklah soft, supply, moisturised look yang nampak ala “dewy” look TETAPI tidak “shiny” macam glass skin. Untuk mendapatkan hasil seperti ini, ia hanya menggunakan beberapa langkah ringkas dan menggunakan fewer skincare products berbanding untuk mendapatkan hasil glass skin yang menggunakan lebih banyak steps dan produk.


Disebabkan oleh trend dan permintaan pasaran di Korea Selatan, banyak produk skincare dan brands dari sana yang berlumba-lumba untuk menghasilkan produk trend cream skin mereka, contohnya seperti LANEIGE.


Semoga korang dapat something new daripada post ini berkenaan dengan trend skincare products dari Korea Selatan. Next year, apa agaknya trend mereka kan?. So, korang dah cuba ke trend cream skin ni. Kalau dah, jangan lupa sharekan pengalaman ya!


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page