top of page

K-BEAUTY SERIES: APA ITU SKIN BOTOX YANG SANGAT POPULAR DI KOREA SELATAN

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 3 Sep 2020
  • 2 min membaca
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai semua! Untuk K-Beauty series kali ini, jom kita lihat tentang apa itu SKIN BOTOX. Apa benda tu Cik Jojo? Dia sama ke macam prosedur botox biasa? Kalau korang nak tahu, kena baca post ini.


👉 Untuk pengetahuan korang, skin botox ini adalah prosedur kosmetik yang sangat popular dan in-demand kat Korea Selatan. Hasil daripada suntikan skin botox ini dapat memberikan kesan GLASS SKIN yang instant selepas prosedur tanpa memerlukan penggunaan serum tertentu ataupun multistep rutin penjagaan wajah. Kiranya, short cut untuk glass skin. Prosedur suntikan ini menggunakan neurotoxic protein (a.k.a Botulinum Toxin) yang biasa digunakan dalam prosedur botox biasa. Perbezaannya, dermatologist Korea akan mengubah teknik dan target jarum suntikan tersebut dengan menyasarkan kepada bahagian wajah yang berbeza. 🤓

Prosedur classic botox (botox biasa) digunakan untuk mengurangkan kedutan dan ia disuntik pada otot-otot dibahagian tertentu pada kulit wajah. TETAPI skin botox disuntikkan ke lapisan luar kulit untuk mengangkat kulit (lift the skin) sekaligus memberikan instant result kulit glowing, flawless dan glass skin. Secara ringkasnya, prosedur botox tradisional digunakan untuk mengurangkan masalah kedutan pada bahagian dahi, smile lines, dan beberapa bahagian yang jelas. Skin botox sebaliknya menyasarkan kepada tekstur kulit dan pori-pori untuk mewujudkan kesan licin secara menyeluruh. 😉


👉 Oh ya, prosedur ini masih dikira baru dalam industri, selamat dan mudah didapati hanya di Korea Selatan. Untuk korang yang berminat untuk mengetahui lanjut tentang skin botox, harga dan kat mana prosedur ini dilakukan, boleh check link kat bawah⬇️⬇️⬇️:



Ps: Jangan tanya Cik Jojo sakit ke tak sebab tak penah buat. Hahaha! Cik Jojo happy with my skin. Post ini hanyalah sekadar perkongsian mengikut tema K-Beauty series. Hehehe! 😛😝


Have a nice day everyone!


Komen


Post: Blog2_Post
bottom of page