[K-BEAUTY SERIES]BILA SEBENARNYA WANITA KOREA MEMULAKAN LANGKAH MENJAGA KULIT WAJAH MEREKA?
- Cik Jojo

- 2 Jul 2020
- 2 min membaca
Updated: 16 Jul 2020
Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA
Hai korang! Untuk K-Beauty Series kali ini, Cik Jojo nak ajak korang melihat semula pada umur berapakah korang memberikan tumpuan menjaga kulit wajah?🤔Sebabnya, post K- Beauty kali ini memberikan informasi ringkas tentang permulaan wanita Korea betul-betul menjaga kulit mereka (of course lah tidak semuatetapi mostly).😝
👉Kalau korang nak tau, kat Korea Selatan remaja perempuan telah mula menjaga kulit mereka sejak awal lagi, sekitar 13-14 tahun! Ini disebabkan oleh banyak faktor yang mendorong mereka melakukannya. Antara faktor-faktor tersebut adalah tekanan daripada masyarakat setempat untuk menjadi cantik, memerhatikan tindakan ahli keluarga terdekat macam ibu, nenek mahupun kakak dalam melakukan rutin penjagaan wajah, serta paling utama sekali tentulah pengaruh daripada selebriti K-Drama dan K-Pop!
👉Dalam post K-Beauty Series yang lepas Cik Jojo ada beritahu yang Korea Selatan ni sangat terkenal dengan kosmetik dan plastik surgery. So, persekitaran dan trend tersebut juga menjadi faktor yang mempengaruhi para remaja untuk mudah mengakses informasi dan produk-produk kosmetik di sana. Malah, terdapat ratusan brands kecantikan dan kosmetik di Korea Selatan yang menyasarkan potential customer (target market) mereka untuk golongan umur ini dan ada banyak product line untuk golongan remaja dengan harga yang sangat mampu milik (itu yang ada packaging comel-comel, warna-warna cute semua tu)😍🥰😘. Oh ya, kalau korang nak tau, kebanyakan brands kecantikan dan kosmetik di Korea Selatan memang memberikan banyak tumpuan kepada mereka yang berada dalam lingkungan 20an dan 30an berbanding golongan berumur 40an ke atas (atau senang cakap mereka yang mempunyai kulit matang). Cuba korang senaraikan brands dari Korea Selatan dan lihat sendiri melalui iklan, produk claim, dan masalah-masalah utama kulit bagi golongan sasaran ni – mostly between 20s and 30s, kan?😉😉
👉So, untuk dapatkan kulit macam wanita Korea yang halus mulus licin, masa umur berapa mulakan penjagaan dengan betul dan konsisten? Adakah bermula macam remaja Korea atau mula masa umur 20an, 30an, 40an atau bila kulit wajah dah mula ada masalah? Everyone ada jawapannya sendiri, betul tak (ada yang menyesal memicit jerawat, ada yang menyesal tak gunakan sunscreen masa remaja, dan sebagainya). Yang pastinya, depa memang tak tinggal sunscreen langsung tau. Kalau kita perhatikan pun memang most produk-produk skincare dari Korea Selatan adalah untuk prevention berbanding fokus untuk treatment, sebabnya prevention is better than cure.🤩😎🤓😍

Mana yang baik kita ikut, mana yang tak berapa baik kita jadikan ikhtibar, okay!
Have a nice day everyone!



![[SHARING IS CARING] SALAH SATU INGREDIENT BAIK UNTUK JERAWAT YANG JARANG DIBINCANGKAN](https://static.wixstatic.com/media/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png/v1/fill/w_940,h_788,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/d8a30b_12935769408b4b1494cf14adec8c2cad~mv2.png)

Komen