top of page

[K-BEAUTY SERIES] HYDRATION ADALAH ASAS PALING PENTING UNTUK SEMUA JENIS KULIT

  • Writer: Cik Jojo
    Cik Jojo
  • 8 Jul 2020
  • 2 min membaca

Updated: 16 Jul 2020

Maklumat berdasarkan kajian saintifik untuk mencari produk berkesan dan selamat, hanya di NURÉAA

Hai korang! Untuk K-Beauty Series kali ini jom kita lihat tentang kepentingan hydration kepada orang Korea. Kalau kita buat carian di internet tentang tips penjagaan wajah orang Korea Selatan ni, perkara pertama yang akan dijumpai ialah produk-produk yang berkaitan dengan HYDRATION. 👉Kenapa lah depa tu suka sangat atau demand tentang hydration, kan? Kalau korang nak tau, hydration adalah perkara paling penting dalam mana-mana rutin penjagaan wajah untuk semua jenis kulit dan semua peringkat umur. Perkara ini bukan hanya permintaaan atau trend di kalangan orang Korea Selatan sahaja, malah dermatologist mahupun doktor pembedahan plastik mereka pun menyesorkan untuk mencari produk yang mempunyai hidration. Menurut mereka, apabila hydration tidak mencukupi pada kulit individu, banyak effort lain untuk mengatasi beberapa masalah kulit tidak akan dapat berfungsi dengan baik. So, jelaslah yang hydration ini adalah perkara paling asas yang patut ada untuk semua orang sebelum berfikir untuk mengatasi sesuatu masalah (skin concern).😉 👉Selain itu, terdapat misconception atau ketidakbenaran tentang hydration yang ramai sangat orang dapat di internet. Kesilapan tersebut ialah ramai yang berpendapat apabila mempunyai kulit berminyak, mungkin ianya sudah mempunyai hydrasi yang tinggi dan baik. Salah sebenarnya! Kalau korang nak tau, walaupun jenis kulit berminyak, ada juga berkemungkinan besar menghadapi masalah kulit kurang hydasi atau dehydrated ataupun kurang kelembapan. Selain minum air kosong dengan kuantiti yang secukupnya, produk penjagaan wajah juga yang selamat dan sangat berkesan terutamanya yang diformulasikan untuk hydration. 👉Antara ingredients yang bagus dan baik untuk hydration kulit termasuklah yang mengandungi hyaluronic acid dan glycerin. Selain itu, ekstrak beras (rice extract) dan rumpai laut (seaweed) juga berfungsi dengan baik, di samping peptides. Ingredients seperti mereka ini dapat menyuburkan kulit, menyegar dan melembapkan, dan sangat “mencintai air” yang dapat membantu memberikan hydrasi kulit kita. 👉Secara amnya, apa yang kita dapat lihat daripada trends dan produk-produk dari Korea Selatan ini ialah permintaan daripada pengguna mereka di sana memilih produk skincare yang sangat FOKUS, dan bukannya yang jenis multi-tasker yang banyak terdapat di negara kita (contohnya 5 in 1, 3 in 1, seangkatan dengannya). Dan korang perasan tak yang produk macam ampoules/serum/boosters (produk ini juga dikenali sebagai super concentrated serum/mengandungi ingredient efektif yang pekat), dan sheet masks yang memberikan intensitve treatments kepada kulit wajah, adalah sangat sangat popular. Selalu je produk line ampoule atau serum ini silih berganti di pasaran. Tak percaya? Cuba korang senaraikan produk serum dari Korea Selatan di antara bulan Januari hingga bulan ini.😉😎 Semoga korang dapat something daripada post ini ya! Mungkin K-Beauty Series ini dapat menambahkan maklumat untuk skincare journey korang. Semoga berjaya! Remember, always listen to your skin. 🥰😘



Have a nice day everyone!





Comments


Post: Blog2_Post
bottom of page